Gambar dan Video : Sorotan FBS Star di St. Petersburg - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Gambar dan Video : Sorotan FBS Star di St. Petersburg


Mulai dari 8 Julai sehingga 16 Ogos, kami telah menganjurkan peraduan paling hebat dan gilang gemilang untuk para rakaniaga iaitu FBS Stars. Kami telah memilih 2 pemenang dari setiap wilayah operasi kami.

20 rakaniaga terbaik telah memenangi trip ke Saint Petersburg untuk bertemu dengan pengurusan tertinggi FBS dan menyertai parti kami yang mengasyikkan.

4 hari yang luar biasa ini dipenuhi dengan gelak tawa, kejutan, dan layanan mesra. Tonton video laporan untuk melihat sendiri betapa ia amat menyeronokkan!

Ia benar-benar satu percutian yang seronok dan pasti menjadi kenangan! Kami berasa bangga dengan rakaniaga kami, dan kami berharap dapat meneruskan kerjasama dengan mereka dengan tahap produktiviti dan kemesraan yang sama. Para rakaniaga, pelanggan, FBS — kita semua satu pasukan yang kuat, bergerak bersama dengan pantas menuju masa hadapan kewangan yang bebas dan berjaya!




20 September 2019, 20 pemenang peraduan FBS Stars dari Indonesia, Thailand, Malaysia, Mesir, Vietnam, Perancis, Mexico, Brazil, Ukraine, dan Colombia telah melawat St. Petersburg, Rusia. Berikut liputan mengenai trip mereka!

Di satu pagi musim luruh yang sejuk, sekumpulan rakaniaga terbaik dari seluruh dunia telah menziarahi ibu pejabat syarikat – mastermind kejayaan. Para tetamu ini telah bertemu dengan kakitangan kami yang selama ini membuatkan servis-servis kami berfungsi dan makmur. Mereka juga telah berpeluang untuk menjalin networking dengan ketua-ketua jabatan dan membincangkan rancangan mereka, dan kami berharap mereka terinspirasi dengan suasana inovasi, 'engagement', dan produktiviti yang begitu hidup di pejabat ini.

Hari berikutnya diakhiri dengan parti meriah di Hotel Four Seasons Lion Palace! Seperti biasa, FBS menghamparkan permaidani merah untuk menyambut insan-insan istimewa yang berjaya, tampan, dan mandiri. Pasukan rakaniaga terbaik antarabangsa ini telah dilayan dengan 'Russian Hospitality' yang terkenal. Kami telah menyantuni tetamu-tetamu khas ini dengan pelbagai makanan dan tarian tradisional, dan setiap seorang mereka telah menerima anugerah khas dari kami.

Setiap rakaniaga telah menerima FBS Star sebagai tanda penghargaan dan galakan dari kami untuk pencapaian yang lebih baik di masa hadapan. Di atas pentas, salah seorang tetamu telah menukarkan mata hadiah di status Platinum beliau di Program Kesetiaan untuk mendapatkan seutas jam tangan Rolex. Kilauannya bersinar amat terang sekali dari dalam kotak hijau! Dua orang lagi telah menerima kad yang membuktikan mereka telah naik ke status Platinum juga.

Dan ini bahagian yang paling kami sukai. Beberapa rakaniaga telah datang bersama dengan anak-anak kecil. Jika FBS sudah menjadi satu tradisi keluarga, tiada apa lagi yang mampu kami impikan! Malam Gala ini akan terpahat di ingatan kami sebagai satu kenangan manis, sebuah perkumpulan keluarga besar FBS.

Pada hari Ahad, pemenang-pemenang bertuah ini telah dibawa melawat sekitar kota bersejarah St Petersburg dengan jalan air. Trip menaiki bot ini bukan sahaja santai, ia juga amat kondusif untuk menjalin kerjasama antara rakaniaga. Setelah puas menjamu mata dengan senibina klasik dan bersejarah, kumpulan rakaniaga berbakat ini pun menamatkan hujung minggu mereka bersama FBS dengan senyuman puas.

Acara tahun ini terbukti berbaloi dan memberikan inspirasi kepada kami untuk tahun-tahun akan datang! Kami berharap anda juga rasakan yang sama. Teruskan bersama kami untuk laman rakaniaga yang baru dan peluang yang lebih besar lagi di program Affiliate yang telah dipertingkatkan. Akan datang kami jamin akan ada yang lebih baik lagi!



























































































































































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini