Berdagang Euro Currency (EUR) dengan XM - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Berdagang Euro Currency (EUR) dengan XM


Euro adalah gabungan mata wang oleh 19 negara anggota dalam zon euro.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Ia merupakan mata wang kedua paling banyak digunakan dalam dagangan forex selepas dolar AS. Ia juga merupakan rizab pertukaran asing kedua yang paling banyak digunakan oleh bank pusat.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Negara menerima banyak faedah dengan menerima euro. Negara lebih kecil mempunyai kelebihan disokong oleh ekonomi Eropah, Jerman dan Perancis. Euro membolehkan negara-negara lemah menikmati kadar faedah yang lebih rendah.
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Selama bertahun-tahun, kadar faedah yang lebih rendah menyebabkan lebih banyak pelaburan asing. Ini mendorong ekonomi negara-negara kecil.





Tentang Dagangan Forex
Dagangan forex atau dagangan mata wang atau dagangan FX secara ringkasnya adalah istilah yang merujuk kepada pasaran tukaran mata wang asing yang dikenali pada hari ini. Secara mudahnya, ia merujuk kepada pasaran global tanpa lokasi pusat di mana institusi kewangan, syarikat dan individu melakukan pertukaran mata wang antara satu sama lain pada kadar terapung.

Sistem kadar apungan semasa yang wujud ketika ini mula digunakan selepas Perang Dunia II dan masih digunakan sehingga hari ini. Sebelum wujudnya sistem dagangan forex semasa ini, sistem pengurusan kewangan yang dinamakan Perjanjian Bretton Woods telah digunakan di mana harga tukaran mata wang antara satu sama lain diikat dan dikaitkan dengan simpanan emas kedua-dua negara yang merupakan sandaran kepada matawang sebenar di dalam transaksi yang dilakukan.

Pasaran Forex
Pasaran forex ketika ini merupakan pasaran yang terbesar dan mempunyai kecairan tertinggi di dunia disebabkan oleh beberapa faktor. Antara faktor-faktor itu adalah kemudahan transaksi melalui internet, kemajuan dalam sektor pengangkutan, kemudahan komunikasi antarabangsa dan pengangkutan moden yang menjadikan jarak di seluruh dunia menjadi semakin dekat.

Dengan capaian global dan jarak yang semakin hampir, secara automatiknya manusia, barang dan perkhidmatan dapat bergerak dengan lebih cepat dan pantas. Ini juga bermaksud keperluan untuk mata wang didagangkan sesama sendiri diperlukan untuk membolehkan situasi ini berlaku. Semua faktor ini menyebabkan pertumbuhan dalam pasaran forex yang pastinya akan terus berkembang dan menjadi lebih cair, dinamik dan responsif.

Dagangan Forex Atas Talian
Antara peserta utama dalam pasaran forex ialah satu segmen yang paling cepat berkembang dari keseluruhan peserta pasaran iaitu pedagang mata wang asing runcit (individu) yang rata-rata melakukan dagangan forex atas talian untuk tujuan spekulatif dengan matlamat utama untuk mendapatkan keuntungan dari pergolakan mata wang (perubahan pasaran) atau perlindungan nilai dari risiko mata wang yang tidak diingini.

Segmen ini memasuki pasaran dagangan forex melalui broker (seperti XM) atau melalui bank. Dalam kes ini, bank atau broker akan memberikan pelanggan runcit satu akaun dagangan yang akan dibiayai dalam mata wang asas (kebiasaannya dalam mata wang kawasan yang didiami oleh pelanggan) dan pelanggan berpeluang untuk membeli atau menjual mata wang secara atas talian atau melalui telefon dengan matlamat untuk mendapatkan keuntungan.

Dagangan Forex Melalui Broker
Mengambil bahagian dalam pasaran dagangan forex melalui broker seperti XM bermakna pelanggan menerima akses kepada harga semasa pasaran forex dan menerima sebut harga belian dan jualan untuk beberapa instrumen melalui platform dagangan atas talian. Pelanggan bebas untuk menentukan harga yang mereka inginkan untuk belian atau jualan, dan sebaliknya, dan boleh melaksanakan transaksi pada bila-bila masa yang mereka mahukan.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini