Indikator fraktal Bill Williams



Am

Sama seperti banyak indikator-indikator terkenal yang lain, Bill Williams telah membangunkan indikator Fractals (Fraktal), yang berasaskan kepada konsep fraktal yang beliau perkenalkan kepada komuniti Forex. Ada pelbagai cara untuk menggunakannya. Secara amnya, ia digunakan untuk mengenal pasti potensi trend yang lebih kuat di pasaran dan titik-titik penyongsangan di pasaran. Seperti mana-mana indikator lain, ia ada kelebihan dan kekurangannya, dan kami akan perincikan semuanya di bawah supaya anda boleh menggunakannya dengan efektif di dalam aktiviti harian anda.

Mencari

Ada dua cara untuk mencari fraktal di carta.Yang pertama – manual. Anda perlu membaca maklumat yang berikut dan anda akan mampu mengenal setiap fraktal di carta berdasarkan urutan candlestick yang diperlukan untuk membentuk suatu fraktal.Yang kedua – dengan mengklik indikator Fractals di carta. Anda boleh lihat cara melakukannya di gambar berikut.



Komposisi

Fraktal adalah satu jujukan lima candlestick yang sudah sempurna terbentuk. Ia boleh jadi bullish (bawah) atau bearish (atas). Anda boleh lihat sedikit komplikasi pada cara ia dinamakan, berbanding pendekatan yang sudah menjadi kelaziman: bullish biasanya bererti menaik dan bearish biasanya merujuk kepada penurunan di dunia forex. Namun di sini, anda dapat lihat bahawa fraktal bullish juga fraktal bawah, dan fraktal bearish adalah fraktal bawah. Tidak perlu bimbang, anda akan lihat sendiri bagaimana ia sebenarnya "straightforward". Jom, mari kita lihat.Untuk mengasingkan suatu fraktal dari jujukan panjang candlestick di carta, kita perlu mencari formasi 5 candlestick yang berbentuk seperti anak panah (sebenarnya ia tidak perlu berupa seperti anak panah setiap masa).

Bila kita telah asingkan lima candlestick tersebut, kita akan lihat pada candlestick yang berada di tengah (yang ketiga). Sekarang, kita perlukan candlestick tengah yang diapit oleh dua sayap: dua candlestick di sebelah kiri, dan dua lagi di kanan. Berdasarkan kedudukan relatif 2 batang candlestick pengapit di setiap sisi candlestick tengah, kita boleh tentukan fraktal kita sama ada ia fraktal atas (bearish) atau bawah (bullish).Pada fraktal bearish, candlestick tengah mempunyai harga tinggi yang tertinggi (highest high), manakala candlestick yang di sisi mempunyai harga tinggi yang lebih rendah (lower highs). Fraktal ini secara keseluruhannya seperti tanda panah yang menunjuk ke atas, tetapi ia muncul sebelum pergerakan menurun ke bawah. Itulah sebabnya ia dipanggil bearish. Lihat imej di bawah.

Pada fraktal bullish, candlestick tengah mempunyai harga rendah terendah (lowest low), dengan harga rendah yang lebih tinggi di candlestick kiri dan kanan, seperti yang ditunjukkan di gambar berikut. Seringkali, ia datang sebelum pasaran menyongsang ke atas, memberikannya nama fraktal bullish.

Sekarang kita tahu bagaimana hendak mencari fraktal di carta, mari kita pelajari aplikasi praktikal untuk perkakas ini.

Cara penggunaan

1. Fraktal sebagai Renti Rugi.Salah satu kegunaan fraktal adalah pengurusan risiko. Secara asasnya, fraktal di sini berfungsi sebagai aras renti rugi. Contoh di bawah menunjukkan bagaimana bila anda membuka dagangan jual anda boleh meletakkan renti rugi anda di fraktal atas terakhir (begitu juga jika anda membeli, renti rugi anda akan berada pada aras fraktal bawah yang terakhir). Jika anda teruskan tanda garisan di sini ke sebelah kiri, anda akan dapat lihat bagaimana ia jatuh di bawah julat rintangan tempatan (di kedudukan bucu fraktal atas sebelumnya).



2. Fraktal sebagai titik penyongsangan pasaran.Menggunakan fraktal sebagai petanda penyongsangan pasaran juga antara kegunaan paling popular bagi indikator ini. Imej di bawah menunjukkan harga menuju ke bawah selepas suatu fraktal bearish. Untuk pedagang, ia waktu yang baik untuk menjual. Begitu juga sebaliknya, oleh kerana pasaran sering naik ke atas selepas fraktal bullish, ia petanda yang baik untuk membeli jika fraktal muncul.



Cara untuk menggabungkan

Adalah lebih baik untuk menggunakan beberapa indikator untuk melengkapkan satu sama lain berbanding jika anda mengharapkan pada hanya satu. Indikator Fractals tidak terkecuali. Ia mungkin andal, mungkin tidak, sama seperti perkakas lain. Oleh kerana itu, kita akan lihat bagaimana anda boleh gabungkannya dengan kaedah-kaedah lain.

1. Fractals + analisis trend. Oleh kerana analisis trend adalah pendekatan asas dalam mengunjurkan pergerakan pasaran, kita boleh memasukkan fraktal ke dalam kerangka logik ini. Contohnya, kita mendapati pasaran tampak seperti sedang menaik, kita temui fraktal seperti di dalam imej di bawah dan ia ternyata fraktal atas. Fraktal bearish selepas gelombang pasaran yang sedang meningkat naik – itu menjadi petunjuk kepada kita bahawa pasaran akan terus bergerak ke atas. Jadi kita beli selepas fraktal terbentuk, memerhatikan trend kerana menjangkakan kenaikan akan berterusan.Logik yang sama boleh digunakan untuk pasaran yang sedang menurun: melihat trend ke bawah dan menemui fraktal atas yang jelas, kita akan jual dengan jangkaan pasaran akan terus bergerak ke bawah.Nota: kita gunakan fraktal di sini sebagai pengesahan tambahan bahawasanya kita telah memahami niat pasaran dengan betul, bukannya menggunakan trend pasaran untuk mengesahkan tafsiran kita tentang suatu fraktal di carta.



2. Fractals + Alligator.Bill Williams terkenal untuk satu siri indikator lain yang beliau bangunkan, terutamanya Alligator, Accelerator Osillator dan Awesome Oscillator. Wajar sahaja kalau kita gabungkan Fractals dengan satu atau beberapa darinya, kerana mereka menggunakan logik dalaman yang sama. Namun, kita harus ingat bahawa pemerhatian trend adalah tonggak utama unjuran pasaran kita. Kemudian kita klik untuk menambah indikator Fractals dan Alligator. Kita boleh lihat di imej bahawa harga pada fraktal yang dipilih berada di atas fraktal atas dan garisan merah Alligator dalam satu waktu yang sama – itu adalah signal beli. Begitu juga, jika harga di bawah fraktal bawah dan garisan merah Alligator, kita jual. Justerus itu, pendekatan di sini ialah untuk membandingkan aras harga dengan fraktal atas/bawah terakhir dan juga garisan merah Alligator.



3. Fractals + Alligator (+ Awesome Oscillator and Accelerator Oscillator). Contoh ini secara asasnya sama dengan contoh sebelum ini, tetapi ia mengukuhkannya lagi dengan menambah Awesome Oscillator dan Accelerate Oscillator ke dalam logik. Melihat pada fraktal yang sama, kita menyemak signal kita dengan signal dari Awesome Oscillator dan Accelerator Oscillator. Harga di sini di atas garisan merah dan menembus ke atas fraktal atas yang terakhir. Selain itu, dua kolum terakhir pada Awesome Oscillator dan tiga kolum terakhir Accelerator Oscillator berwarna hijau. Ini meyakinkan kita bahawa pasaran memang berniat untuk naik ke atas, jadi kita beli.

Beri perhatian

Ada beberapa penyesuaian yang pedagang perlu lakukan bila menggunakan Fractals.Pertama sekali, indikator Fractals adalah indikator yang lamban (lagging). Sebelum fractal menyempurnakan pembentukan formasinya atau di waktu ia tampak seperti tidak menjadi, pasaran mungkin sudah bergerak dengan signifikan. Jadi adalah penting untuk mendapatkan pengesahan tambahan dari indikator-indikator lain.Kedua, di carta boleh ada banyak fraktal. Ini boleh mencetus kekeliruan. Inilah sebabnya anda perlu memilih strategi perdagangan terlebih dahulu atau memutuskan fraktal yang mana anda mahu gunakan. Jika anda memutuskan untuk berdagang di setiap fraktal, anda mungkin berakhir kerugian.Akhir sekali, Fractals lebih andal bila digunakan di rangka masa yang lebih tinggi. Namun akan ada sebilangan kecil fraktal yang terbentuk di rangka masa begitu. Begitu juga sebaliknya, di rangka masa yang lebih rendah, akan ada banyak fraktal yang terbentuk, tetapi keandalan (reliability) mereka rendah.

Kesimpulan

Fractals karya Bill Williams satu indikator yang menarik dengan sebab-sebab yang kukuh di sebaliknya dan ia salah satu indikator yang asas yang digunakan secara meluas oleh pedagang dalam perdagangan sehari-hari. Ia elemen yang amat baik sekali untuk mengenal pasti gerakan-gerakan yang mungkin dilakukan oleh pasaran dan membuat keputusan yang bermaklumat. Gunakan dengan berhati-hati, berdagang searah dengan trend, dan anda akan selamat di pasaran.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini