Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, dalam dagangan lengang ditengah-tengah pengukuhan ringgit susulan cuti sempena sambutan Krismas, selain perkembangan positif membabitkan perjanjian perdagangan US-China, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1360/1390 berbanding dolar AS daripada 4.1350/1380 pada penutupan Selasa.

Hong Leong Bank Bhd dalam notanya berkata, ringgit dijangkakan terus bergerak antara 4.1300-4.1500 bagi tempoh berbaki minggu ini dalam dagangan lengang menjelang akhir tahun.

"Dalam unjuran tempoh sederhana, ringgit masih rendah, dengan dolar AS terus disokong oleh data negara itu yang kukuh,” katanya.

Bagi perdagangan, Presiden Donald Trump pada Selasa berkata beliau dan Presiden China Xi Jinping akan menandatangani perjanjian perdagangan fasa pertama.

Dengan perjanjian sudah dipersetujui dan dilaksanakan, firma penyelidikan itu berkata pengumuman itu menjurus kepada peningkatan sentimen positif dalam pasaran.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya rendah berbanding sekkumpulan mata wang utama, kecuali Jepun.

Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0528/0555 daripada 3.0499/0525 pada Selasa, rendah berbanding euro kepada 4.5868/5906 daripada 4.5791/5837 dan lemah berbanding pound British kepada 5.3656/3704 daripada 5.3449/3504.

Ringgit mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7761/7796 daripada 3.7787/7824 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini