Ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kurangnya minat belian, diheret turun ketidaktentuan membabitkan rundingan perdagangan AS-China, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada harga 4.1400/1440 berbanding 4.1370/1400 penutupan semalam.

Peniaga itu berkata, sentimen ke atas dolar AS mengukuh, disokong perkembangan terkini dalam rundingan perdagangan AS-China, dengan dua ekonomi besar itu sudah memeterai perjanjian ‘fasa pertama’ perdagangan.

Sementara itu, ringgit diniagakan lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama yang lain.

Nota tempatan mengukuh berbanding euro kepada 4.6016/6077 daripada 4.6057/6095 dan naik berbanding pound British kepada 5.4151/4220 daripada 5.4232/4288 dan mengukuh berbanding yen Jepun kepada 3.7750/7796 daripada 3.7802/7832 semalam.

Ringgit bagaimanapun lemah berbanding dolar Singapura kepada 3.0529/0569 daripada 3.0520/0547. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini