Ringgit ditutup rendah berikutan dolar kukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berikutan dolar kukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini selepas mata wang AS itu mula mengukuh berikutan data pembayaran upah AS bagi November yang lebih baik, mencerminkan kemantapan ekonominya.

Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.1630/1660 berbanding 4.1590/1630 semasa ditutup semalam.

Pencapaian itu diraih selepas Rizab Persekutuan AS membuat pengurangan sebanyak tiga kali pada tahun ini bagi menjaga ekonomi tempatan daripada kelembapan ekonomi global, pelabur menjangkakan bank pusat tersebut akan mengekalkan kadar ini.

“Dengan harga minyak kekal pada momentum yang lebih kukuh, ditambah pula dengan sentimen positif di sekitar rundingan perdagangan AS-China, dolar US dijangka akan terus mantap dalam hari-hari yang akan datang,” katanya.

Sementara itu, ringgit didagangkan lebih rendah berbanding dengan mata wang utama yang lain.

Ringgit menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0610/0637 daripada 3.0581/0615 yang direkodkan semalam, ia lemah berbanding yen Jepun kepada 3.8330/8368 daripada 3.8328/8372 dan susut berbanding pound British kepada 5.4768/4816 daripada 5.4703/4773 sebelum ini.

Ringgit adalah lebih rendah berbanding euro pada 4.6105/6155 daripada 4.6015/6076. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini