Ringgit mengukuh - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit mengukuh



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini, dengan permintaan sederhana terhadap nota tempatan di tengah-tengah keadaan tidak menentu berhubung tarikh akhir 15 Disember bagi AS mengenakan tarif tambahan ke atas barang China bernilai AS$160 bilion, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit didagangkan pada 4.1580/1630 berbanding dolar AS daripada 4.1630/1660 penutup Selasa.

Peniaga berkata, peniaga kini menunggu keputusan berhubung tarif yang lebih tinggi oleh AS ke atas barangan buatan China, menjelang tarikh akhir pertengahan bulan ini.

"Ketidaktentuan perdagangan terus berlaku menjelang keputusan berhubung kadar faedah utama oleh Rizab Persekutuan dan Bank Pusat Eropah," katanya.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya lebih kukuh berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nota tempatan merosot berbanding euro kepada 4.6116/6188 daripada 4.6105/6155 penutup Selasa

Ringgit mengukuh berbanding yen pada 3.8227/8284 daripada 3.8330/8368, menokok berbanding pound British kepada 5.4607/4689 daripada 5.4768/4816 dan lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.0592/0640 daripada 3.0610/0637 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini