Ringgit menokok berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit menokok berbanding dolar AS



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka lebih kukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan hari ini berikutan permintaan lembap terhadap dolar AS selepas Rizab Persekutuan AS mengekalkan kadar faedah dan memberi isyarat untuk mengekalkan kadar faedah rendah dalam masa terdekat, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit diniagakan pada 4.1520/1570 berbanding dolar AS daripada 4.1630/1660 penutup Rabu.

Ketua Strategi Pasaran Asia di AxiTrader, Stephen Innes, berkata langkah Rizab Persekutuan menawarkan kekecewaan sederhana bagi dolar AS.

"Ringgit dibuka dalam nada memberangsangkan di sebalik keputusan Rizab Persekutuan itu, selain pengukuhan harga minyak disokong perjanjian terkini OPEC+," katanya kepada BERNAMA.

Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding sekumpulan mata wang utama.

Nota tempatan merosot berbanding euro kepada 4.6237/6309 daripada 4.6139/6180 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.4835/4906 daripada 5.4689/4745 penutup Rabu.

Ia mengukuh berbanding yen pada 3.8271/8324 daripada 3.8298/8333 dan lebih baik berbanding dolar Singapura kepada 3.0601/0650 daripada 3.0613/0639 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini