Sistem Perdagangan Triple Screen


Pengenalan
Pedagang yang baru bermula sering mencari perkakas ajaib – satu indikator tunggal yang boleh membantu mereka meraih keuntungan besar. Mereka mungkin untung buat seketika, namun akhirnya keajaiban tersebut luput. Bila kerugian menjelma, mereka cenderung menyalahkan indikator tersebut. Jadi mereka pun mencari yang lain, dan perkara yang sama berulang lagi.

Itu adalah pendekatan yang salah dan berlandaskan kepada kefahaman yang serong tentang sifat semulajadi suatu indikator. Tiada indikator yang telah dicipta yang dapat mentafsir atau meramal pasaran tanpa silap. Tambahan lagi, tiada indikator yang direkabentuk untuk berkorelasi dengan indikator lain. Malahan, mereka dicipta untuk digunakan bersama sebagai satu gabungan, termasuk untuk situasi di mana indikator-indikator itu bercanggahan antara satu sama lain.

Alexander Elder ialah seorang pedagang yang terkenal. Beliau masyhur kerana telah menerbitkan beberapa buku panduan strategi perdagangan. Beliau telah mencipta apa yang dipanggil sebagai pendekatan "Triple Screen" (Tiga Saringan). Ia menggabungkan pelbagai indikator dan menyaring kelemahan-kelemahan mereka dan dalam masa yang sama mengekalkan kekuatan yang ada. Secara ringkashnya, ia memberikan pendekatan tiga lapisan untuk membuat keputusan perdagangan. Mari kita lihat dengan lebih dekat.

Am
Pertama sekali, anda putuskan dahulu pada rangka masa mana anda mahu berdagang. Apa pun pilihan anda, anda akan perlu melihat dua lagi rangka masa lain untuk dibandingkan dengan rangka masa pilihan anda: rangka masa yang lebih besar yang memberikan konteks pasaran yang lebih meluas, dan rangka masa yang lebih kecil yang memberikan gambaran terperinci situasi semasa dan memberikan anda peluang untuk memilih titik kemasukan yang tepat.

Sebagai contoh, jika anda mahu berdagang secara intrahari, anda boleh memilih carta H1 sebagai medan cerapan utama, H4 untuk mendapatkan konteks pasaran yang lebih meluas, dan rangka masa M15 untuk titik masuk yang spesifik. Setiap satu rangka masa akan diwakili oleh satu dari tiga penyaring (screen) yang disebutkan tadi, seperti yang ditunjukkan dalam jadual di bawah.


Saringan pertama
Katakanlah anda mahu dagangkan Platinum. Kita buka tiga carta: H4, H1 dan M15. Pada carta H4 Platinum, kita lihat harga telah jatuh dan kemudian memasuki zon pembetulan. Berdasarkan cerapan ini, kita membuat tanggapan bahawa ia akan terus naik buat sedikit waktu lagi untuk melengkapkan fasa pembetulan. Justeru itu, idea perdagangan kita adalah untuk membeli sekarang dan jual bila harga mencapai aras yang lebih tinggi. Sekarang, kita mahu sahkan pemerhatian kita dan menyemaknya dengan beberapa idnikator. Untuk ini kita buka menu indikator dan pasang MACD dan Osilator Stokastik (lihat imej di bawah untuk cara melakukannya).



Kita lihat MACD sudah mencapai paras terendah di bawah garisan signal (rujuk gambar di bawah). Manakala indikator Stokastik menunjukkan jalur laju (jalur padu) menyilang jalur perlahan (garisan putus-putus) dari bawah ke atas di dalam zon 0-20% Kedua-duanya lazimnya ditafsir sebagai petanda keadaan terlebih jual (oversold) di pasaran dan memberi kita signal untuk beli. Justeru kini kita mempunyai pengesahan dari dua indikator bahawa tafsiran kita tentang pasaran berkebarangkalian betul dan strategi kita mempunyai peluang yang tinggi untuk berjaya. Jadi sekarang kita teruskan ke saringan kedua (second screen).


Saringan kedua
Saringan kedua bertindak sebagai pengesahan semula untuk pemerhatian yang kita dapati dari saringan pertama dan memberikan kita zon kemasukan yang lebih tepat. Untuk melakukan itu, kita tambahkan RSI ke tetingkap carta. Imej di bawah menunjukkan cara melakukannya.



RSI adalah alat yang bagus, ia berikan kita indikasi yang tidak kurang tepatnya tentang kekuatan pasaran dan waktu-waktu di mana ianya selamat untuk membuka posisi. Oleh kerana kita merancang untuk membeli di waktu pembetulan menaik, kita cuba untuk mengambil kesempatan membuka posisi long. RSI menyilang 30% memberikan kita waktu yang tepat untuk itu. Pada carta H1 Platinum, kita lihat ia menyilang aras terlebih jual. Justeru ktia fahami bahawa desakan dan tolakan bullish ke atas pasaran agak kuat. Itu memberikan kita pengesahan kedua bagi strategi kita. Lalu kita teruskan ke saringan ketiga untuk memilih aras yang terbaik untuk membuka long.



Saringan ketiga
Saringan ketiga tidak semestinya memerlukan sebarang indikator. Pada carta M15 Platinum, kita lihat dengan terperinci gelombang yang ditandakan sebagai zon kemasukan di carta sebelum ini. Kita hanya mahu mendapatkan pengesahan semula bahawa tidak akan ada gerakan penyongsangan ke bawah secara tiba-tiba yang akan membatalkan andaian pembetulan pasaran kita. Kita tunggu harga meningkat ke atas dari aras yang ditandakan selain dari Purata Bergerak (Moving Average) 50 tempoh. Itu adalah signal beli kita. Kita boleh buka posisi long sebaik selepas candlestick pertama tutup di atas garisan rintangan, dan meletakkan renti rugi di bawah candlestick sebelumnya.



Kesimpulan
Contoh yang kita lihat tadi memberikan strategi untuk uptrend tempatan yang menyusuli suatu downtrend besar. Dalam perkataan lain, kita cuba untuk "menumpang arus gelombang": di pasaran yang sedang menurun, kita beli di harga rendah dan jual di harga tinggi di setiap peringkat. Senario sebaliknya akan terpakai untuk pasaran yang sedang menaik.

Sekarang, para pedagang mungkin bertanya: bagaimana jika harga bertindak dengan cara yang berbeza dari yang kita ramalkan. Untuk ini, kami jawab: tidak ada kaedah perdagangan yang sempurna. Menyempurnakan pendekatan ini adalah tugas pedagang , yang harus mencari situasi spesifik di mana ia sesuai digunakan. Begitu juga sebaliknya, pedagang harus faham dan tahu di senario yang bagaimanakah strategi ini tidak seharusnya digunakan. Idea di sebalik strategi ini mudah: gunakan beberapa saringan untuk proses membuat keputusan anda dan gunakan pelbagai indikator bila berdagang.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini