4 Sebab Kenapa Harga Minyak Gagal Naik Dalam Konflik Iran-AS


Pembunuhan komandan Iran, Qassem Soleimani, membuatkan harga minyak melonjak ke paras $71.75 setong tetapi kemudian jatuh kembali ke bawah paras $66. Mengapa ia tidak mara di waktu ketegangan semakin memuncak di Timur Tengah?

Pertama, pemerhati pemasaran menjangkakan krisis ini akan mereda kembali. Walaupun harga minyak bergantung kepada respon AS terhadap serangan balas Iran, ucapan yang berbau damai dari Presiden AS menunjukkan bahawa kali ini Washington memilih sekatan berbanding peluru berpandu.
Kedua, tiada kerosakan berlaku terhadap infrastruktur pengeluaran minyak. Walaupun di ketika Arab Saudi menggantung sementara penghantaran bekalan minyak menerusi Selat Hormuz, masalah terbesar yang dihadapi oleh kapal-kapal tangki adalah pelayaran di waktu siang sahaja.

Ketiga, OPEC+ boleh meningkatkan bekalan pada bila-bila masa. Oleh kerana kartel dan sekutunya telah memotong kadar pengeluaran selama beberapa tahun untuk mengimbangi lambakan minyak syal AS, mereka kini boleh menampung sebarang gangguan bekalan di pasaran minyak.

Akhir sekali, harga minyak sudah pun bermain di paras yang tinggi sejak suku tahun terakhir 2019. Ia meningkat sebanyak $10 justeru dari fasa satu rundingan dagang AS-China dan kebimbangan pelesuan ekonomi global yang semakin reda.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini