Ringgit ditutup rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah hari ini berikutan pelabur kembali kepada mata wang selamat selepas Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) mengekalkan kadar faedahnya pada mesyuarat pertamanya pada tahun ini.

Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.0870/0910 berbanding dolar AS daripada 4.0790/0820 semasa ditutup semalam.

Penganalisis berkata, keputusan untuk mengekalkan kadar faedah disebabkan data yang menunjukkan peningkatan pekerjaan kekal kukuh, dengan inflasi terus di bawah sasaran manakala perbelanjaan isi rumah meningkat pada kadar sederhana.

"Bagaimanapun, Fed AS tidak menolak tekanan ekonomi global pada masa depan dan akan terus memantau data yang masuk, termasuk perkembangan global dan tekanan inflasi yang rendah," katanya.

Di peringkat tempatan, katanya pasaran tempatan pada masa ini tidak menarik pelabur asing berikutan kekurangan pemangkin.

"Dengan kebimbangan yang meningkat mengenai pasaran global berikutan penularan coronavirus, rangsangan diperlukan untuk mengukuhkan ringgit, menghalangnya daripada terus merosot berikutan tekanan luaran," katanya.

Ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot kepada 2.9999/9035 daripada 2.9979/9012 berbanding dolar Singapura dan susut berbanding yen kepada 3.7523/7570 daripada 3.7408/7446 pada Rabu.

Mata wang tempatan berkurangan berbanding euro kepada 4.5026/5083 daripada 4.4869/4918 dan turun berbanding pound kepada 5.3192/3257 daripada 5.3076/3131 semalam. a

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini