Seminar Dagangan Forex Percuma di Malaysia 15/2/2020 - Belajar untuk Berdagang di Kuala Lumpur!


Kepada semua yang telah bersedia untuk mengikuti teknik terbaru yang digunakan dalam pelaburan atas talian dan memperkukuhkan pengetahuan dagangan mereka, XM menawarkan seminar forex percuma di seluruh dunia pada tahun 2020 dengan menjemput para pelanggan ke seminar yang seterusnya di ibu kota Malaysia pada 15 Februari.

Penyampaian bersama oleh instruktor forex profesional yang terkemuka iaitu Zulle Razak dan Mohd Helmi Izani dibawakan kepada para pelabur atas talian yang berhasrat untuk menghadiri seminar kami di Kuala Lumpur. Salah satu topik yang hangat dalam dagangan atas talian iaitu teknik pengurusan risiko, akan diterangkan secara terperinci bersama-sama dengan cara-cara untuk menetapkan strategi dagangan individu yang boleh membawa hasil pelaburan yang berpotensi tinggi dengan mengekalkan pendedahan risiko di tahap yang minimum.

Seminar yang bertajuk Pengurusan Risiko dengan Teknik Analisis Teknikal akan dikupas sebagai intipati utama acara bersama dengan cara mengendalikan potensi keuntungan atau kerugian dan pada masa yang sama memberikan mereka panduan praktikal mengenai langkah berjaga-jaga serta strategi yang akan digunakan semasa melabur forex dan instrumen kewangan yang lain.

Sertai kami di Kuala Lumpur untuk memperoleh pengetahuan praktikal dan memperbaiki teknik pengurusan risiko anda bagi jangka masa panjang! Untuk maklumat lanjut dan menempah tempat duduk anda secara percuma pada acara yang akan datang, sila klik sini.


Pengurusan Risiko dengan Teknik Analisis Teknikal
Sukacitanya kami ingin menjemput para pelanggan kami ke seminar percuma mengenai salah satu aspek yang paling penting dalam pelaburan atas talian iaitu menguruskan risiko pada tahap yang mampan.

Memahami kesan pendedahan risiko adalah penting bagi setiap pedagang, tanpa mengira instrumen kewangan yang diputuskan untuk berdagang. Semasa penyampaian bersama, instruktor forex yang terkenal, Zulle Razak dan Mohd Helmi Izani akan membawa peserta seminar ke dalam teras teknik analisis teknikal yang digunakan dalam pengurusan risiko.

Bagaimanakah kita dapat mengurangkan potensi saiz kerugian dan pada masa yang sama memanfaatkan dari satu posisi dagangan? Bagaimana kita boleh memperolehi pulangan yang besar tanpa mengambil risiko yang tinggi? Ini adalah soalan-soalan yang akan dijawab pada seminar kami nanti dan banyak lagi! Penceramah profesional kami juga akan memberikan para tetamu seminar dengan panduan yang jelas mengenai teknik yang digunakan untuk mengekalkan risiko dengan baik dalam setiap dagangan.

Sebagai sebahagian besar daripada menguruskan risiko adalah pemahaman yang mantap tentang pasaran yang dinamik, penceramah kami akan menerangkan bagaimana untuk memetakan keadaan pasaran untuk instrumen kewangan yang berbeza dengan menggunakan alat analisis. Dua teknik utama yang akan dipelajari oleh para peserta seminar adalah asas Elliot wave (digunakan untuk menganalisis kitaran pasaran dan meramal aliran pasaran) dan indikator Avramis River (digunakan untuk mengenal pasti kejelasan, kekuatan dan kelebihan aliran pasaran).

Akhir sekali, para peserta seminar kami juga akan menerima garis panduan yang jelas mengenai bagaimana teknik-teknik analisis teknila ini dapat diterapkan ke dalam strategi dagangan masing-masing untuk memperoleh hasil yang menguntungkan dan pendedahan risiko yang rendah.



Hasil Pembelajaran

Memahami hubung kait antara psikologi dagangan dan pengurusan risiko
Memperoleh teknik analisis teknikal yang cekap untuk menilai ketidakstabilan dan tindakan harga pasaran dengan betul
Ketahui cara untuk menggabungkan alat analisis teknikal yang berbeza untuk memetakan pasaran
Pelajari bagaimana untuk menerapkan teknik dagangan ke dalam strategi masing-masing


Daftar Tempat Duduk Anda Di sini

Seminar ini adalah percuma. Sila ambil perhatian bahawa untuk pendaftaran seminar, anda perlu memiliki satu akaun nyata XM dengan baki minima sebanyak USD 50. Untuk membiayai akaun anda, klik sini. Jika anda masih belum memiliki akaun nyata, anda boleh membuka satu akaun di sini.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini