Fed Janjikan Lebih Kecairan


Rizab Persekutuan membiarkan kadar faedah tidak berubah, dengan nada suara di antara seimbang dan dovish justeru dari virus korona dan keadaan pasaran buruh domestik yang positif. Dalam masa yang sama, bank pusat itu memutuskan untuk mengekalkan operasi pasaran repo mereka di sekitar $60B sebulan, sekurang-kurangnya sehingga April.

Apakah itu Repo?

Repo atau Perjanjian Belian Semula (Repurchase Agreement) adalah satu bentuk pinjaman jangka pendek. Ejen menjual sekuriti kerajaan kepada para pelabur, biasanya atas dasar semalaman (overnight), dan membelinya semula pada hari berikutnya pada harga yang sedikit tinggi. Perbezaan kecil pada harga adalah kadar faedah semalaman. Bank pusat menggunakan repo utnuk membantu bank-bank tempatan dengan kecairan bila diperlukan.

Adakah ia Pelonggaran Kuantitatif?

Rizab Persekutuan menegaskan bahawa pembelian repo semasa tidak boleh dianggap sebagai satu pelonggaran kuantitatif (quantitative easing). Namun secara faktanya, repo sangat mirip dengan QE kerana ia telah meningkatkan kunci kira-kira Fed sama seperti kesan dari pelonggaran tersebut.
Apakah ertinya kepada USD? Dalam bahasa yang mudah, kunci kira-kira Fed yang lebih besar bermakna bekalan USD yang banyak, yang seterusnya meletakkan dolar AS di bawah tekanan.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini