Harga minyak dunia terendah dalam 14 bulan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Harga minyak dunia terendah dalam 14 bulan


SINGAPURA: Harga minyak jatuh ke paras terendah dalam tempoh lebih setahun semalam, apabila mencatatkan penurunan mingguan terbesar dalam masa lebih empat tahun.

Ia berikutan penularan pantas COVID-19 mencetuskan kebimbangan permintaan global akan menjadi perlahan.

Pelabur semakin bimbang wabak itu akan menjadi pandemik, memandangkan virus telah merebak di ke 46 negara lain.

Kontrak minyak mentah Brent bagi Mei susut AS$1.37, atau 2.7 peratus, pada AS$50.36 satu tong ketika 0445 GMT, paras terendah dalam 14 bulan.

Niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate (WTI) jatuh AS$1.33, atau 2.8 peratus, kepada AS$45.76 satu tong.

Minyak mentah Amerika Syarikat (AS) susut kira-kira 14 peratus minggu ini, penurunan mingguan terbesar sejak Mei 2011.

Jangkitan baharu COVID-19 yang dilaporkan di seluruh dunia kini mengatasi China, yang menyaksikan lebih 2,700 orang maut, manakala 57 lagi kematian direkodkan di negara lain.

“Harga minyak bergerak sejajar dengan aliran berita,” kata Ketua Ahli Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes.

Minyak mentah penanda aras antarabangsa Brent, yang susut kira-kira dua peratus semalam, jatuh sebanyak 13 peratus minggu ini, menyebabkannya mencatatkan penurunan mingguan terbesar sejak pertengahan Januari 2016.

Pasaran minyak mengharapkan pemotongan bekalan oleh Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan pakatannya, termasuk Russia, yang sebelum ini berkata mereka akan mengambil pendekatan bertanggungjawab susulan pelaburan virus itu.

Kumpulan pengeluar dikenali sebagai OPEC+, yang ketika ini mengurangkan output kira-kira 1.2 juta tong sehari bagi menyokong harga minyak, akan bertemu di Vienna pada 5 hingga 6 Mac ini. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini