Ringgit ditutup rendah, cecah RM4.22 sedolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah, cecah RM4.22 sedolar

KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup rendah dengan mendadak berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini sejajar dengan pasaran saham tempatan, dalam persekitaran pensejajaran semula politik tempatan dan penularan COVID-19, kata penganalisis.

Pada 6 petang, unit tempatan merosot kepada 4.2240/2270 berbanding dolar AS daripada 4.1900/1940 semasa ditutup pada Jumaat.

Ketua Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes, berkata pelabur boleh dikecualikan berikutan kekurangan aliran masuk selepas 18 bulan dalam perang perdagangan, dan kemudian penularan COVID-19 serta kemelut terkini dalam landskap politik.

Beliau berkata, titik perubahan untuk ringgit juga terus kurang jelas berikutan pengelakan risiko global disebabkan kes-kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat di luar negara.

“Dalam persekitaran ini, pelabur asing tidak berminat dengan aset-aset berisiko berbanding emas, dan Perbendaharaan AS yang mewujudkan aliran masuk dolar dan menyokong mata wang AS itu berbanding proksi mata wang China seperti ringgit,” katanya kepada Bernama.

Innes berkata, sehingga pasaran menyaksikan peningkatan yang ketara berhubung mereka yang akan kembali bekerja di China dan langkah rangsangan Bank Rakyat China memberikan dividen melalui peningkatan pengeluaran tempatan, ringgit boleh susut.

Pada penutup, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0126/0152 daripada 2.9924/9957 pada Jumaat dan susut berbanding yen kepada 3.7941/7978 daripada 3.7504/7550 sebelum ini.

Unit tempatan rendah berbanding euro kepada 4.5678/5728 daripada 4.5286/5346 dan merosot berbanding pound kepada 5.4464/4520 daripada 5.4110/4178.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini