ADX - Average Directional Index - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

ADX - Average Directional Index


Average Directional Index, atau ADX, adalah satu indikator kekuatan trend. Para pedagang trend mencari trend yang kuat dan buka posisi searah dengan trend. ADX membantu mereka menduga seberapa kuat suatu trend itu.

Indikator ini berasaskan kepada purata bergerak pengembangan julat harga untuk satu-satu tempoh masa yang ditetapkan.

Cara-cara memasang ADX di carta 

Anda boleh menambah ADX ke carta dengan mengklik “Insert” – “Indicators” – “Trend” dan kemudian memilih “Average Directional Movement Index”.


Secara default, bilangan tempoh masa ditetapkan sebanyak 14. Anda boleh ubah nombor ini jika anda mahu.

Cara-cara menggunakannya

Indikator MT4 ini menampilkan 3 jalur secara automatik:

1. Average Directional Index (ADX) itu sendiri (jalur tebal coklat). Nilainya di antara 0 hingga 100. Garisan ini menunjukkan kekuatan trend tetapi ia tidak menunjukkan arahnya.

2. Plus Directional Movement Indicator (+DMI) (jalur hijau) adalah perbezaan antara dua harga tertinggi yang berturutan.

3. Minus Directional Movement Indicator (-DMI) (jalur merah) adalah perbezaan antara dua harga terendah.

Jalur ADX digunakan untuk menentukan jika suatu aset itu sedang trending atau tidak. Trend yang kuat sedang berlangsung jika ADX lebih dari 25, jadi munasabah untuk gunakan strategi-strategi perdagangan trend. Sebaliknya, bila ADX berada di bawah 25, lebih baik untuk kita elakkan dari perdagangan trend dan memilih strategi perdagangan dalam julat (range trading). Penting untuk ditekankan di sini bahawa ADX boleh digunakan unutk mengesahkan penembusan keluar (breakout) dari julat. Bila ADX meningkat dari bawah 25 ke nilai lebih dari 25, ini bererti harga cukup kuat untuk terus dalam arah breakout.Ada lebih banyak gred untuk nilai ADX, Anda boleh lihat di jadual di bawah:

Nilai ADX




Secara amnya, bila jalur ADX menuju ke atas, kekuatan trend meningkat, dan harga bergerak searah dengan trend. Bila jalur menuju ke bawah, kekuatan trend mengurang, dan harga mengalami pembetulan atau pengukuhan. Sila maklum bahawa ADX yang sedang menjatuh tidak bermakna trend sedang menyongsang. Ia hanya bermakna trend sedang melemah.

Tambahan lagi, jika anda lihat pada jujukan puncak ADX, anda akan mendapat maklumat tentang momentum trend tersebut. Jika terdapat sejujuk puncak ADX yang semakin meninggi, momentum trend meningkat. Ini memberitahu pedagang bahawa beliau boleh terus membiarkan dagangan aktif dan biarkan keuntungan bertambah. Jujukan puncak yang semakin merendah bermaksud momentum trend sedang mengurang. Sila waspada, walaupun momentum mengurang, trend mungkin akan terus berlangsung. Namun tetap sahaja dalam keadaan sebegini, pedagang harus lebih awas dan selektif tentang signal masuk posisi yang baru. Lebih bijak untuk mengecilkan jarak renti rugi untuk posisi yang sedia ada atau fikirkan untuk ambil sebahagian keuntungan (partial take profits).

Signal-signal klasik dari ADX

+DMI dan -DMI mentakrifkan pergerakan berarah. Secara amnya, bull akan terus mengasak bila +DMI lebih besar dari -DMI, manakala bears menguasai keadaan bila -DMI lebih besar. Persilangan antara +DMI dan -DMI menghasilkan satu sistem berdagang bila digandingkan dengan ADX.

Signal "Buy" terhasil bila +DMI menyilang ke atas -DMI (ADX mesti di atas dari 25). Renti rugi biasanya diletakkan di harga terendah hari signal.Signal "Buy" ini kekal sah selagi harga rendah ini tidak diceroboh, walaupun +DMI menyilang ke bawah -DMI semula.

Begitulah juga sebaliknya, signal "Sell" terhasil bila -DMI menyilang ke atas +DMI (ADX mesti lebih dari 25). Harga tertinggi hari signal menjadi renti rugi permulaan (initial stop loss).

Kesimpulan

Average Directional Index adalah sarana yang sangat berguna untuk pedagang trend. Anda disyorkan untuk menggunakan ADX bersama dengan analisis aksi harga dan indikator-indikator teknikal lain.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini