Bulls Power dan Bears Power - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Bulls Power dan Bears Power


Bull Power (Kuasa Bull) dan Bear Power (Kuasa Bear) adalah osilator yang dicipta oleh Dr Alexander Elder. Mereka mengukur kuasa pembeli (bulls) dan penjual (bears) untuk menolak harga dalam arah yang menguntungkan mereka, iaitu ke atas atau ke bawah satu garis dasar (baseline).Gabungan kedua-dua indikator ini dikenali sebagai Elder-Ray Index (Indeks Elder Ray). Fungsi sebagai garis dasar (baseline) seringkali dilakukan oleh Purata Bergerak Eksponen (EMA, Exponential Moving Average) 13 tempoh berasaskan harga penutupan.

Logiknya mudah: situasi pasaran sentiasa berubah-ubah, bears menjadi bulls, dan begitu juga sebaliknya. Indikator-indikator ini membantu kita menjejak bolak-balik ini dan berdagang dengannya.

Cara-cara memasang di carta.

Bull Power dan Bear Power boleh ditemui di set default MetaTrader. Anda boleh menambahnya ke carta dengan mengklik “Insert” – “Indicators” – “Oscillators” dan kemudian pilih Bull Power”/“Bear Power”.


Anda boleh gunakan indikator-indikator secara tunggal namun lebih munasabah untuk menggunakan mereka secara bersama seperti yang memang diniatkan oleh Elder. Sebagai tambahan kepada dua indikator ini, anda boleh plotkan EMA 13 ke carta yang sama juga. Dengan cara ini anda akan gabungkan dua osilator ini dengan perkakas yang mengikut trend dan meningkatkan kualiti signal kemasukan. EMA berperanan sebagai penyaring: ia menunjukkan trend, jadi pedagang boleh memilih hanya signal yang searah dengan trend.

Kaedah mentafsir.

 Semua 3 indikator membentuk asas untuk satu strategi perdagangan.

Setup untuk dagangan beli terbentuk bila syarat-syarat berikut dipenuhi:

EMA sedang meningkat.

Bears Power negatif tetapi meningkat.

Terdapat juga beberapa syarat yang opsyenal tetapi bagus jika digunapakai:

Puncak terakhir osilator Bulls Power adalah lebih tinggi daripada yang sebelumnya

Ada capahan bullish (bullish divergence) antara Bear Power dan harga (harga membentuk paras rendah yang lebih rendah, namun Bears Power gagal berbuat demikian).

Adalah lebih baik untuk tidak buka posisi long jika Bears Power sedang positif.



Setup untuk dagangan jual terbentuk bila syarat-syarat berikut dipenuhi:

EMA sedang menurun.

Bulls Power positif tetapi menurun.

Terdapat juga beberapa syarat yang opsyenal tetapi bagus jika digunapakai:

Jurang (low) terakhir osilator Bears Power lebih rendah daripada yang sebelumnya.

Ada capahan bearish (bearish divergence) antara Bulls Power dan harga (harga membentuk paras tinggi yang lebih tinggi, namun Bulls Power hanya mampu membentuk aras tinggi yang lebih rendah).

Adalah lebih baik untuk tidak buka posisi short jika Bulls Power sedang negatif.


Secara keseluruhannya indikator Bulls/Bears Power membolehkan ktia melihat kuasa yang sedang mendorong pasaran dan mencadangkan satu asas yang ringkas namun efisien untuk merangka strategi perdagangan.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini