Emas catat kenaikan mingguan tertinggi 11 tahun - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Emas catat kenaikan mingguan tertinggi 11 tahun



BENGALURU: Harga emas diniagakan lebih rendah semalam apabila pelabur menempah keuntungan, namun mencatatkan kenaikan mingguan tertinggi sejak Disember 2008.

Ia berlaku apabila tuntutan pengangguran Amerika Syarikat (AS) dicatatkan tertinggi dalam sejarah selepas penularan COVID-19 mencetuskan harapan lebih banyak program rangsangan akan diumumkan untuk mengurangkan kerosakan ekonomi disebabkan pandemik itu.

Platinum dan palladium, mencatatkan kenaikan mingguan tertinggi dalam sejarah, apabila perintah berkurung di negara pengeluar utama, Afrika Selatan, mencetuskan kebimbangan terhadap bekalan.

Spot emas susut 0.4 peratus kepada AS$1,622.65 seauns pada 0312 GMT selepas lima sesi kenaikan berturut-turut.

Niaga hadapan emas Amerika Syarikat (AS) susut 0.7 peratus kepada AS$1,640.00 seauns.

Logam berharga menokok 9.2 peratus minggu ini, disokong oleh data pengangguran AS yang lemah dan langkah rangsangan ekonomi oleh Rizab Persekutuan.

“Saya tidak melihat sebarang sebab kukuh untuk menjual emas ketika ini melainkan mungkin untuk menempah untung sebelum hujung minggu,” kata Ketua Strategi Pasaran firma perkhidmatan kewangan AxiCorp, Stephen Innes.

“Semuanya kelihatan baik untuk emas kecuali keperluan mendesak untuk menjual.”

Speaker Dewan Perwakilan AS berkata, beliau menjangka untuk meluluskan rang undang-undang bantuan AS$2.2 trilion (RM9.42 trilion), susulan kelulusan Senat pada Rabu.

Pasaran saham Asia melonjak selepas pelabur menjangkakan pelaksanaan langkah rangsangan tambahan bagi menangani pandemik, selepas tuntutan pengangguran AS melonjak ke rekod tertinggi 3.28 juta minggu lalu.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini