Envelopes - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Envelopes


Indikator teknikal Envelopes dicipta untuk mengenal pasti batas atas dan bawah suatu julat perdagangan (trading range).

Indikator ini dibentuk dari 2 purata bergerak, salah satu darinya dianjak ke atas dan satu lagi dianjak ke bawah. Envelopes boleh digunakan sebagai jalur (bands) yang mengepung harga untuk menyerlahkan aras terlebih beli dan terlebih jual selain dari digunakan sebagai sasaran harga.

Ada ramai pedagang yang menganggap Envelopes sebagai variasi Bollinger Bands . Prinsip asas kedua-dua perkakas adalah sama: selepas sebarang turun naik (fluctuation), harga sentiasa kembali kepada trend utama.

Cara-cara menggunakannya

Envelopes termasuk dalam set default MetaTrader. Anda boleh menambahnya ke carta dengan mengklik “Insert” – “Indicators” – “Trend” dan seterusnya pilih "Envelopes". Garisan indikator akan muncul di tetingkap yang sama dengan carta harga.


Tempoh (period) yang disetkan secara default di MetaTrader adalah 14 dan sisihan/deviation (anjakan MA) diset pada 0.1%. Anda boleh melaras amaun sisihan bergantung kepada kemeruwapan pasaran: lebih tinggi kemeruwapan, lebih besar nilai sisihan. Namun, anda disarankan untuk tidak set sisihan lebih dari 2%.

Untuk perdagangan intrahari, anda boleh gunakan carta H1, dan purata bergerak 10-tempoh serta sisihan 0.3%-0.5% harus baik-baik sahaja untuk mana-mana pasangan matawang.

Ruangan 'Shift' yang mempunyai nilai default 0, membolehkan anda menggerakkan purata bergerak ke belakang, atau ke depan. Nilai 20 menggerakkan garisan indikator ke hadapan sebanyak 20 bar, manakala nilai -20 akan menggerakkannya ke belakang 20 bar.

Cara-cara mentafsir

Indikator Envelopes berasaskan kepada Purata Bergerak (Moving Averages, MA) justeru mempunyai sifat-sifat dan pengaplikasian yang spesifik seperti MA yang lain. Pertama sekali, kecerunan garisan indikator menunjukkan arah trend: jika jalur Envelopes sedang mendongak, ia petanda uptrend, manakala jika menunduk ke bawah, ia sedang downtrend. Tambahan lagi, indikator ini menunjukkan dengan jelas permulaan pasaran yang menjajar (sideways) bila garisannya menjadi horizontal.

Ada beberapa cara untuk mentafsir indikator Envelopes.

Pertama, adalah mungkin untuk berdagang di dalam saluran (channel) yang dibentuk oleh jalur Envelopes: beli bila harga mencecah jalur bawah ketika uptrend, dan jual bila harga mencecah jalur atas ketika downtrend.


Bila pasaran bergerak dalam saluran (range bound), gerakan harga melebihi jalur atas Envelope memberi petanda bahawa aset sudah terlebih dibeli dan cenderung untuk turun ke bawah. Gerakan ke bawah jalur bawah bermakna pasaran sudah terlebih dijual dan boleh berpatah balik ke atas.


Dalam masa yang sama, bila harga menembusi jalur atas sewaktu uptrend, ia petanda bahawa uptrend ini kuat dan kita boleh menjangkakan harga akan berterusan meningkat. Bila harga menembusi jalur bawah Envelope ketika downtrend, ini bermakna downtrend adalah kuat dan harga mungkin akan jatuh dengan curam.Indikator Envelopes boleh digunakan sebagai sebahagian dari pelbagai strategi perdagangan. Sebagai contoh, ia boleh digunakan untuk scalping di rangka masa yang kecil. Oleh kerana ini indikator trend, adalah mungkin untuk mencapai hasil yang baik dengan menggabungkannya dengan osilator-osilator tertentu.






Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini