Gambar dan Video : Seminar XM Malaysia Mengenai Dagangan Indikator Avramis River Selesai Dengan Jayanya di Kedah - 29 Februari 2020 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Gambar dan Video : Seminar XM Malaysia Mengenai Dagangan Indikator Avramis River Selesai Dengan Jayanya di Kedah - 29 Februari 2020


Kami dengan sukacitanya sekali lagi mengalu-alukan sejumlah besar pelanggan XM ke seminar forex percuma kami baru-baru ini yang diadakan di bandar Kedah pada 29 Februari 2020.

Oleh kerana tujuan utama pendidikan XM adalah untuk menjadikan pengetahuan forex boleh diakses oleh pelabur atas talian di seluruh dunia, selari dengan acara pendidikan percuma kami yang berjalan sepanjang tahun di beberapa negara, baru-baru ini kami telah menganjurkan seminar forex kami untuk para pedagang dari Malaysia yang berminat dalam teknik-teknik analisis teknikal.

Topik seminar Berdagang dengan Indikator Avramis River telah disampaikan oleh Mohd Helmi Izani di Kedah.

Di setiap lokasi acara, para tetamu acara kami dapat mengetahui penggunaan indikator teknik mengikuti aliran dan strategi untuk membantu mereka menghasilkan keputusan dagangan yang lebih menguntungkan dengan lebih berkesan. Kemuncak utama dalam sukatan pelajaran yang dibentangkan ialah indikator yang paling dicari-cari iaitu alat dagangan milik Tradepedia, yang dikenali sebagai Avramis River, yang khusus dibangunkan untuk digunakan pada platform dagangan MT4 dan MT5.

Sehingga kami kembali ke Malaysia, kami ingin menjemput pelabur atas talian yang berminat untuk meneruskan pendidikan forex mereka dengan mengikuti sesi webinar percuma kami secara langsung di sini.




Berdagang dengan Indikator Avramis River
Mengapa penting untuk mengikut aliran pasaran, menilai kekuatan dan kualiti aliran? Apakah indikator yang harus kita guna untuk menilai perbezaan harga menaik dan harga menurun? Bilakah kita harus jangkakan pergerakan harga akan diteruskan?

Kami ingin menjemput para pelanggan baru dan sedia ada kami ke seminar kami yang akan memberikan jawapan kepada semua soalan-soalan ini dan banyak lagi! Ianya akan memperkenalkan salah satu indikator yang hebat kepada peserta seminar iaitu indikator Avramis River yang menggabungkan kekuatan beberapa indikator aliran ke dalam satu indikator.

Semasa seminar, anda akan dapat mempelajari mengapa dagangan swing merupakan gaya dagangan yang popular, apa yang membezakannya dari dagangan harian dan apakah teknik-teknik yang boleh membantu para pelabur atas talian untuk memanfaatkan tindakan harga jangka masa pendek apabila berdagang dalam pelbagai instrumen kewangan.

Bahagian Satu

Selepas anda memperoleh gambaran yang jelas tentang bagaimana pasaran global berfungsi dan faktor-faktor yang mempengaruhi pergerakan aliran dan harga, anda akan memahami mengapa ianya penting untuk menggunakan analisis teknikal. Kami akan mengkhususkan masa yang secukupnya untuk menerangkan kepentingan tahap sokongan dan rintangan, bagaimana anda boleh mentafsir corak carta pelbagai hari, indikator yang anda boleh gunakan untuk mengikuti aliran dan mengenal pasti instrumen bagi aliran yang kuat dan lemah, bagaimana anda boleh menganalisis corak harga dan bagaimana anda boleh menerapkan saiz posisi dagangan yang betul untuk meminimumkan risiko.

Bahagian Dua

Anda juga berpeluang untuk mempelajari cara menggunakan Fibonacci, termasuk Fibonacci retracement, Fibonacci fan dan Fibonacci time zones serta Avramis River untuk menilai kekuatan aliran, merancang titik entri dan keluar pasaran serta menguruskan risiko dengan pesanan henti dan keuntungan.















































































































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini