Perang Harga Minyak: Arab Saudi & OPEC Pecundang Terbesar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Perang Harga Minyak: Arab Saudi & OPEC Pecundang Terbesar


Selepas Rusia enggan melanjutkan pemotongan pengeluaran bersama-sama dengan Arab Saudi dan OPEC, Arab Saudi telah melancarkan perang harga minyak dengan Moscow sebagai sasaran mereka. Ia telah menurunkan harga minyak dan menjanjikan untuk meningkatkan pengeluaran mulai dari bulan hadapan. Bagaimana pun, tampaknya Arab Saudi dan sekutu-sekutu OPEC mereka adalah pecundang terbesar di dalam perang ini.

Brent kini didagangkan di bawah $30 setong. Setiap negara perlukan harga minyak berada di paras tertentu untuk mencukupi perbelanjaan dan malah belanjawan mereka. Untuk Iran harga ini adalah $195 setong, UAE memerlukan $70 setong, manakala Arab Saudi memerlukan harga berada di $83. Enam negara-negara Teluk, termasuk Arab Saudi, akan menghadapi defisit fiskal sekitar $140 bilion pada 2020 jika harga membentuk purata sekitar paras semasa.

Walaupun terdapat impak negatif tersebut, kami tidak melihat perang harga ini akan berakhir dalam jangka masa sederhana. Ini bererti Brent dan WTI akan kekal menerima tekanan. Menjual ketika terjadi pullback ke atas akan kekal menjadi strategi utama.




Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini