Ringgit dibuka rendah, RM4.23 berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit menyusut daripada kenaikan semalam untuk dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, berikutan kebimbangan berterusan terhadap penularan COVID-19 mendorong pelabur beralih daripada aset berisiko, kata peniaga.

Pada 9.25 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.2450/2500 berbanding dolar AS daripada 4.2300/2350 ketika ditutup pada Rabu.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) malam tadi mengisytiharkan penularan COVID-19 sebagai pandemik memandangkan virus itu pantas merebak ke seluruh dunia dengan jumlah kes meningkat kepada 121,000 orang setakat malam tadi.

Ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0400/0444 daripada 3.0425/0468 ketika ditutup semalam, namun turun berbanding yen kepada 4.0786/0846 daripada 4.0263/0322.

Unit tempatan naik berbanding pound kepada 5.4523/4600 daripada 5.4812/4894 semalam tetapi rendah berbanding euro kepada 4.7956/8017 daripada 4.7812/7877.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini