Ringgit ditutup lebih tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) berikutan kenaikan harga minyak yang melebihi AS$30 setong.

Sehingga 6 petang ini, unit tempatan diniagakan pada 4.3947/4012 berbanding 4.4080/4120 semalam, manakala minyak mentah Brent yang juga penanda aras mencecah harga AS$32.65 setong, menokok 7.76 peratus berbanding kira-kira AS$28 setong ketika ditutup semalam.

Penganalisis berkata, peningkatan harga minyak merangsang permintaan ke atas ringgit, namun, beliau berkata ia hanya pendorong sementara akibat gangguan pengeluaran minyak di Iran susulan pandemik COVID-19.

Setakat ini, Iran merekodkan 17,261 kes disahkan COVID-19, membabitkan 1,135 kematian.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0303/0369 daripada 3.0425/0470 ketika ditutup semalam dan mengukuh berbanding euro kepada 4.7204/7303 daripada 4.7759/7822.

Ringgit juga naik berbanding yen Jepun kepada 3.9811/9898 daripada 4.0457/0574, namun, merosot berbanding pound Britain kepada 5.1926/2042 daripada 5.0848/0923.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini