Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS


RINGGIT kembali meningkat daripada penurunan semalam untuk ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, memandangkan perkembangan terkini pasaran global mendorong sebahagian pelabur beralih kepada aset lebih berisiko, kata peniaga.

Pada 6 petang, unit tempatan berada pada 4.4335/4400 berbanding dolar AS daripada 4.4400/4480 ketika ditutup semalam.

Rizab Persekutuan AS telah mengumumkan program pembelian terbuka aset semalam dan mengatakan ia akan berjalan berasaskan jumlah yang diperlukan untuk menyokong kelancaran fungsi pasaran selain penyampaian berkesan dasar monetari untuk situasi kewangan meluas dan ekonomi negara itu.

Peniaga berkata, Jerman kini bersedia untuk memperkenalkan langkah rangsangan utama memandangkan kes kematian akibat jangkitan COVID-19 meningkat seluruh Eropah.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding mata wang utama.

Mata wang tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0557/0611 daripada 3.0474/0543 ketika ditutup semalam dan susut berbanding euro kepada 4.7967/8007 daripada 4.7539/7634.

Ringgit naik berbanding yen Jepun kepada 4.0174/0185 daripada 4.0290/0374 semalam, namun lemah berbanding pound Britain kepada 5.1689/1703 daripada 5.1619/1730. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini