Ringgit ditutup tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup tinggi


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, didorong oleh sentimen pasaran yang positif, kata peniaga.

Unit tempatan ditutup pada 4.2010/2040 berbanding dolar AS daripada 4.2120/2180 ketika ditutup pada jam 6 petang Jumaat lalu.

Ketua Pakar Strategi AxiCorp, Stephen Innes, berkata ringgit didagangkan dengan baik menjelang kemungkinan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) yang dijangka mencetuskan permintaan ke atas Sekuriti Kerajaan Malaysia.

Pada 22 Januari lalu, bank pusat mengejutkan pasaran tukaran asing dengan pengurangan OPR sebanyak 25 mata asas ketika mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari pertamanya tahun ini.

Kebanyakan ahli ekonomi menjangkakan satu lagi pusingan pengurangan akan dibuat pada mesyuarat kedua itu esok.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia merosot berbanding dolar Singapura kepada 3.0236/0260 daripada 3.0215/0269 pada Jumaat, susut berbanding yen Jepun kepada 3.8952/8987 daripada 3.8749/8815 dan rendah berbanding euro kepada 4.6539/6589 daripada 4.6517/6588.

Unit tempatan bagaimanapun meningkat ketara berbanding pound Britain kepada 5.3617/3672 daripada 5.4343/4438 sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini