Ringgit teruskan momentum pengukuhan


KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan pengukuhannya berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) bagi hari kedua berturut-turut hari ini mendapat rangsangan daripada peningkatan minat terhadap mata wang tempatan itu di tengah-tengah sentimen lemah dolar AS, kata peniaga.

Unit tempatan mengukuh kepada 4.1575/1625 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1780/1830 pada Rabu.

Seorang peniaga, berkata mata wang AS itu berada di bawah tekanan berikutan jangkaan lebih banyak kelonggaran dasar moneteri oleh Rizab Persekutuan AS (Fed) selepas bank pusat itu mengambil langkah mengejut dengan menurunkan kadar penanda arasnya sebanyak 50 mata asas pada Selasa.

Penurunan itu yang dibuat dua minggu sebelum keputusan mesyuarat dasar rasmi, menunjukkan bahawa ekonomi sangat mengharapkan kepada perangsang untuk mengimbangi impak COVID-19, katanya.

Sementara itu, Ketua Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes, berkata ringgit masih terdedah kepada isu-isu panas politik apabila perdana menteri yang baru dilantik Tan Sri Muhyiddin Yassin menangguhkan pembukaan sesi Parlimen yang pada awalnya dijadualkan pada 9 Mac, selama dua bulan.

“Peningkatan keadaan tidak menentu politik cenderung membayangi faktor positif jangka terdekat seperti barometer mata wang trend utama Asia,” katanya.

Berbanding mata wang utama lain, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0018/0056 daripada paras penutup 3.0179/0220 pada Rabu, naik berbanding yen Jepun kepada 3.8870/8927 daripada 3.8887/8944 dan mengukuh berbanding euro kepada 4.6452/6512 daripada 4.6606/6678 sebelumnya.

Bagaimanapun ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.3707/3788 daripada 5.3403/3484.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini