Rizab Antarabangsa Bank Negara RM423.3 bilion - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Rizab Antarabangsa Bank Negara RM423.3 bilion


KUALA LUMPUR: Rizab Antarabangsa Bank Negara Malaysia susut kepada AS$103.4 bilion (RM423.3 bilion) pada 28 Februari 2020 berbanding AS$104.3 bilion pada 14 Februari lalu.

Bank Negara dalam satu kenyataan berkata, kedudukan rizab itu mencukupi untuk pembiayaan 7.4 bulan import tertangguh dan 1.1 kali hutang luar jangka pendek.

Bank pusat itu berkata, komponen utama rizab antarabangsa pada 28 Februari, 2020, meliputi rizab mata wang asing AS$96.7 bilion, kedudukan rizab Dana Kewangan Antarabangsa (AS$1.1 bilion), Hak Pengeluaran Khas (SDR) (AS$1.2 bilion), emas (AS$1.9 bilion) dan aset rizab lain (AS$2.5 bilion).

Katanya, aset yang juga meliputi emas dan tukaran asing serta rizab lain, termasuk SDR, adalah berjumlah RM423.30 bilion, kertas Kerajaan Malaysia (RM1.74 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM829.05 juta), pinjaman dan pendahuluan (RM6.94 bilion), tanah dan bangunan (RM4.16 bilion) dan aset-aset lain (RM11.97 bilion).

Modal dan liabiliti meliputi modal berbayar (RM100 juta), rizab (RM143.33 bilion), mata wang dalam edaran (RM114.48 bilion), deposit dengan institusi kewangan (RM138.57 bilion), deposit kerajaan persekutuan (RM16.29 bilion), deposit lain (RM2.01 bilion), Kertas Bank Negara (RM23.78 bilion), peruntukan SDR (RM7.62 bilion) dan liabiliti lain (RM2.75 bilion).

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini