Siap sedia sepenuhnya untuk NFP pada 6 Mac!


NFP (NonFarm Payrolls) memberitahu perubahan bilangan orang yang digajikan di AS pada bulan sebelumnya, tidak termasuk mereka yang berkerja di sektor perladangan. Ia antara pengumuman kewangan yang paling ditunggu-tunggu. Secara amnya, ia digunakan untuk mengukur kekuatan ekonomi Amerika Syarikat.

Secara umumnya, bacaan yang tinggi dilihat sebagai positif (atau bullish) untuk USD, manakalah bacaan yang rendah dilihat sebagai negatif (atau bearish).

Pasaran akan memberikan fokus terhadap pertumbuhan daftar gaji bukan perladangan dan gaji per jam. Setakat ini, para pedagang telah menampakkan keyakinan mereka bahawa bank pusat AS akan memotong kadar faedah pada bulan Mac. Jangkaan ini menjadikan USD merosot berbanding matawang seperti EUR dan JPY.

Unjuran untuk data Amerika pula agak baik. Jika pengumumannya ternyata mengecewakan, pemain-pemain pasaran akan mempunyai satu lagi alasan untuk menjual USD. Namun, jika angka sebenar sejajar atau lebih baik dari jangkaan, reaksi positif permulaan terhadap USD mungkin signifikan.

Siap sedia sepenuhnya untuk pengumuman NFP pada 6 Mac, 15:30 waktu MT!





Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini