Stokastik - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Stokastik


Indikator Stokastik dibangunkan oleh George C. Lane pada penghujung 1950an dan digunakan secara aktif di kalangan para pedagang di seluruh dunia sejak dari itu. Ia mengira momentum pasaran dan membandingkan harga penutupan dengan harga di satu tempoh masa yang tertentu.

Idea di sebalik indikator ini adalah harga pasaran yang bullish akan tutup berhampiran dengan harga tertinggi, dan di pasaran yang bearish harga akan ditutup berhampiran harga terendah.Stokastik boleh menunjukkan bila aset yang anda dagangkan terlebih dibeli atau terlebih dijual.

Ia memberikan signal bila momentum pasaran sedang memperlahan. Ini bermakna peluang cerah bahawa perubahan pada trend akan berlaku. Kesannya, pemerhatian ke atas indikator ini boleh memberikan anda signal dan idea perdagangan.

Cara-cara memasang di carta.

Stokastik boleh ditemui di set default MetaTrader. Anda boleh tambahkannya ke carta dengan mengklik “Insert” – “Indicators” – “Oscillators” dan seterusnya pilih “Stochastic Oscillator”.


Osilator Stokastik boleh digunakan di semua rangka masa. Tetapan default adalah 5, 3, 3. Tetapan-tetapan lain yang lazim digunakan untuk Stokastik termasuklah 14, 3, 3 and 21, 5, 5. Stokastik sering dipanggil Stokastik Pantas bila menggunakan tetapan 5, 4, Stokastik Perlahan untuk tetapan 14, 3 dan Stokastik Penuh bagi tetapan 14, 3, 3.Stokastik Pantas bertindakbalas lebih pantas terhadap perubahan pada harga pasaran, manakala Stokastik Perlahan mengurangkan kekerapan persilangan palsu (false crossovers) lantas menyaring sebahagian dari signal-signal palsu. Terserah kepada anda untuk memilih parameter yang anda mahukan.

Cara-cara menggunakannya.

Nilai Stokastik disebut secara %, dari 0 hingga 100. Indikator ini divisualkan dalam bentuk 2 jalur: yang pantas, atau nama lainnya %K (jalur padu hijau) dan yang perlahan, dikenali juga sebagai %D (jalur merah putus-putus). Jalur %D adalah purata bergerak %K.Jalur-jalur ini bersilang bila momentum berubah. Signalnya adalah untuk beli bila %K (hijau) menyilang %D (merah) dari bawah ke atas. Jual bila %K menyilang %D dari atas ke bawah..Seperti indikator-indikator lain, Stokastik tidak memberikan signal yang 100% menguntungkan. Ada 2 cara untuk membuatkan signal indikator ini lebih tepat.1. Gunakan signal yang terhasil bila persilangan berlaku di kawasan ekstrem (atas 80 untuk signal jual dan bawah 20 untuk signal beli).


2. Pertimbangkan trend di rangka masa yang lebih besar dan berdaganglah sejajar dengannya. Contohnya, jika anda menggunakan Stokastik di H1, periksa trend di H4. Jika ada uptred yang kuat, jangan ambil signal jual yang diberi kerana harga mungkin akan terus bergayutan di zon terlebih beliuntuk masa yang agak panjang. Sebaliknya, fokus pada signal beli yang dihasilkan oleh Stokastik dan ana akan mendapat manfaat-manfaat perdagangan trend.


Tambahan lagi, seperti osilator-osilator lain, berikan perhatain kepada situasi di mana Osilator Stokastik mencapah (in divergence) dengan carta harga. Signal jual terhasil bila harga mencatat harga tinggi yang lebih tinggi (higher high) tetapi Stokastik membentuk harga tinggi yang lebih rendah (lower high) yang mana ini adalah bearish divergence. Signal beli muncul bila harga rendah baru (new low) tidak disahkan oleh osilator.


Adalah disyorkan juga untuk menggunakan Osilator Stokastik bergandingan dengan perkakas-perkakas analisis teknikal lain, seperti Purata Bergerak (Moving Average), Heiken Ashi, Alligator, dsb.

Kesimpulan.

Osilator Stokastik adalah perkakas yang ampuh untuk analisis teknikal. Ia mempunyai pelbagai kegunaan dan mampu menjadi asas sebuah sistem perdagangan yang baik.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini