Virus korona vs Fed AS, EU dan Saham-saham Teknologi



Amerika Syarikat
Presiden Donald Trump tidak merasakan virus korona satu ancaman besar kepada Amerika buat masa ini. Fed mengatakan bahawa masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan. Dalam masa yang sama, pasaran mulai melakukan gerakan "pricing in" untuk kebarangkalian 68% bahawa akan berlaku pemotongan kadar di bulan Mac. Ini perkembangan yang negatif untuk USD.

Eropah
Virus korona adalah satu ancaman yang nyata buat EU kerana ia mengamalkan sempadan terbuka. Suruhanjaya Eropah masih belum mengambil sebarang langkah drastik untuk menyekat perjalanan rentas sempadan. Namun, ia telah memutuskan untuk membelanjakan 232 juta euro untuk melawan perambatan virus ini diperingkat global.

Saham-saham IT
Impak ekonomi virus korona jelas terlihat untuk korporat-korporat IT. Rantaian bekalan yang sumber puncanya dari China terganggu dan membuatkan gergasi-gergasi teknologi melaporkan kerugan besar sejak pertengahan Februari: saham Apple jatuh dari $327 sesaham kepada $274, Alphabet merosot dari $1,517 ke $1,315, Facebook jatuh dari $217 menjadi $190.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini