XM Menerima Pembekal Perkhidmatan FX Terbaik 2020 oleh COLWMA Awards - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

XM Menerima Pembekal Perkhidmatan FX Terbaik 2020 oleh COLWMA Awards



Adalah menjadi kebanggan kami untuk mengumumkan bahawa sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi yang berterusan terhadap kualiti, XM telah dianugerahkan Pembekal Perkhidmatan FX Terbaik 2020 oleh City of London Wealth Management Awards.

Majlis penganugerahan itu berlangsung di The Guildhall di Kota London pada 4 Mac, di mana XM sekali lagi telah diumumkan secara rasmi sebagai pemenang anugerah berprestij ini – dan ianya adalah kali ketiga sejak tahun 2017.

Sebagai pemenang anugerah syarikat yang ditentukan secara eksklusif oleh undian awam, yang telah berlangsung antara 6 Disember 2019 dan 31 Januari 2020, anugerah yang diberikan kepada XM adalah bukti sebenar kepada pendekatan menarik syarikat kami kepada pelanggan dan dedikasi terhadap piawaian tertinggi. Kami sangat percaya bahawa integriti, inovasi dan penglibatan pelanggan adalah nilai-nilai teras yang mendorong kami untuk terus maju. Ini juga merupakan nilai-nilai teras yang memberi motivasi kepada kami setiap masa untuk memberikan yang terbaik kepada aset kami yang paling penting iaitu pelanggan kami.

Disokong oleh Bursa Saham London, City of London Wealth Management Awards (COLWMA), bertujuan untuk mengiktiraf dan mempromosikan syarikat dan individu yang cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan berkualiti tinggi dalam sektor perkhidmatan kewangan setiap tahun.


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini