Berdagang Selamat dan Bijak Ketika PKP - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Berdagang Selamat dan Bijak Ketika PKP


Pepatah Inggeris 'There is no place like home' (tiada tempat yang lebih baik dari rumah sendiri) mungkin agak sinis bagi kita semua pada waktu ini. 'Stay-at-home mums' (surirumah) LOL ke muka kita kerana hari ini semua orang lain diwajibkan untuk meneruskan kehidupan di dalam realiti seharian mereka, iaitu hidupterpuruk di dalam apartmen yang selesa dan cuba untuk memanfaatkan situasi ini sebaik yang mungkin. Dan… untuk tidak khuwatir setiap masa, cuba untuk terus berkerja, memasak, bersukan, membaca buku, menguasai kemahiran baru, membesarkan anak-anak yang rajin, dan anda anda boleh tambah masukan anda sendiri ke senarai ini bergantung kepada seberapa parah kebimbangan anda.


Sebagai pedagang yang sudah terbiasa dengan gaya hidup berpejabat di rumah, seharusnya anda tidak terkesan dengan banyak. Namun fitrah manusia sudah diramal, seperti halalintar di musim bunga. Justeru, di satu pagi di mana matahari masih belum muncul di ufuk, anda terbangun dari tidur berpeluh-peluh seram sejuk, sekonyong-konyongnya bersedia untuk menjual semua aset-aset anda dan menamatkan karier Forex anda untuk selamanya.
Ya, panik yang melanda seluruh dunia kini separah itu!

Tarik nafas panjang dan helakan nafas — ulang lima kali! Anda berasa lebih baik? Kemudian bangkitkan sisi rasional diri anda, sisi yang telah menelaah bertan-tan buku pelaburan, yang telah mengikuti semua berita-berita semasa dunia, dan yakinlah bahawa keputusan yang emosional tidak pernah membawa pedagang yang berpengalaman ke jalan yang benar.

Bila anda bersedia untuk bertindak, belajar bagaimana caranya untuk mencari peluang, dan tidak lagi takut dengan kemeseletan ekonomi.



Cipta Persekitaran Yang Selamat Untuk Dana Anda

Seperti mana rumah anda adalah kota pertahanan anda, begitulah bagaimana broker yang andal adalah ruang yang selamat untuk pelaburan anda di saat ini. "Kepada siapakah harus saya percayai di waktu haru-biru begini?" — mungkin ini yang bermain di kepala anda. Broker mempunyai beberapa kriteria untuk ukuran kestabilan. Bagi FBS, kami telah sediakan beberapa sebab kukuh mengapa anda harus terus bersama kami:

— 11 tahun di pasaran. Kami telah menempuhi banyak cabaran! Ambil sebagai contoh krisis kewangan yang bermula pada tahun 2008, perang saudara di Syria, kerusuhan 'Occupy Wall Street', Brexit, gempa bumi Haiti, serangan-serangan pengganas, dan tembakan rambang. Kami telah menjadi saksi hidup bagi semua ini dan banyak lagi. Namun, FBS masih berdiri tegak di sini — selamat dan teguh, dan bersedia untuk menghadapi cabaran-cabaran baru.

— Pengiktirafan di seluruh dunia. Kami telah menerima lebih 50 anugerah antarabangsa di Asia, Eropah, dunia Arab, dan benua Amerika Selatan. Pasukan kami menerimanya bukan sahaja kerana servis dan aplikasi yang kami sediakan tetapi juga kerana keandalan, ketelusan, dan pendekatan berorientasikan pelanggan kami. Ingat: 'FBS is always by your side'.

— Komuniti FX yang unik. Kami berkerja dengan lebih 15 juta orang di 193 buah negara di seluruh dunia. Selain dari itu, FBS berkerjasama dengan 410,000 rakaniaga yang mempercayai nilai-nilai kami dan mempromosikannya. Kami peduli tentang anda dan bersedia untuk menjawab sebarang soalan anda 24/7 di dalam bahasa tempatan anda.

— Keselamatan dana dan identiti. Semua operasi kami dikawal selia oleh IFSC (International Financial Services Commission) — sebuah organisasi berpengaruh yang mengawal selia semua aspek perundangan dan aktiviti kewangan. Maklumat peribadi yang kami terima sewaktu pendaftaran adalah untuk melindungi anda dari fraud dan mengelakkan identiti anda dari dicuri.

Semua fakta telah dibentangkan di sini. Saya berharap tidak ada isu kepercayaan di antara kita.



Urus Risiko

VIX (volatility index, indeks kemeruapan) telah meningkat secara dramatik beberapa minggu kebelakangan ini. Sesetengah orang indeks ketakutan kerana ramai pedagang yang jadi lumpuh akibat dari naluri sekawan (herd instinct) dan ketakutan yang melampau. Urus risiko anda dan jangan terlalu dihantui kebimbangan. Kiamat masih jauh lagi berbanding apa yang di fikiran anda!

Kemerosotan boleh dilihat sebagai satu peluang, terutama untuk mereka yang masih mudah. Jika anda mempunyai kelebihan dari segi usia dan mampu menunggu beberapa dekad untuk pulih secara kewangan, pasaran milik anda sepenuhnya sekarang..Ric Elderman, pengasas Edelman Financial Engines, berkata:

'Pasaran saham sedang mengadakan jualan murah. Kita sudah lama tidak melihat peluang sebegini sejak 2008.'

Koronavirus mencipta sektor terhangat untuk perdagangan. Potensinya nampak lebih cerah berbanding zaman kehebohan bitcoin dan keterujaan saham industri ganja. Jadi, tunggu apa lagi — ayuh berdaganglah! Jika anda keluarkan dana anda sekarang, anda mungkin akan terlepas peluang bila pemulihan berlaku.

Untuk mereka yang menghampiri usia persaraan atau sudah pun memasuki fasa ini, pelaburan jangka panjang berfungsi lebih baik untuk anda. Anda harus elakkan stres sebaik yang mungkin. Beli hanya secukupnya untuk pulihkan portfolio anda bila mimpi ngeri ini berakhir. Ikuti berita-berita tentang saham tetapi jangan melabur kerana dorongan emosi berdasarkan berita-berita rawak. Dunia digital sedang subur hasil dari trend penjarakan sosial dan Pkp. Jadi berikan perhatian anda kepada saham syarikat-syarikat teknologi.

Dari satu sisi lain, anda mungkin mahu mengundurkan diri untuk seketika, nantikan krisis ini tamat, dan kembali dengan strategi perdagangan baru anda kelak. Nasihat penting di sini adalah untuk mengekalkan wang anda di dalam akaun perdagangan anda untuk simpanan kecemasan atau untuk waktu di mana anda 100% yakin dengan dagangan yang anda mahu lakukan.

Isu Pokok. Tanpa Panik Dan Stres

Era yang kita saksikan sekarang tidak pernah ada yang sepertinya, namun ini tidak bererti pandemik CoViD-19 akan berlangsung selama-lamanya, dan kita harus menangani situasi ekonomi ini seperti orang dewasa yang matang, waras, dan bijak. Bertahun-tahun sebelum adanya SARS, Ebola, dan koronavirus novel, pada tahun 1987 Warren Buffet (anda mungkin mengenali beliau sebagai seorang pendita pelaburan dan salah seorang manusia terkaya di dunia) menjelaskan kepada para pemegang saham Berkshire Hathaway cara-cara menghadapi epidemik.

Beliau menyatakan bahawa hanya ada dua penyakit yang paling mudah menjangkiti manusia — ketakutan dan ketamakan. Untuk menghadapinya, anda harus 'takut bila orang lain tamak, dan tamak bila orang lain sedang takut.' Nasihat saya — sekarang adalah masa untuk jadi tamak!

Gunakan nasihat berharga ini untuk tidak lagi melepaskan peluang-peluang yang ditawarkan dengan bermurah hati oleh pasaran sekarang ini. Minda yang tenang dan waras adalah senjata utama anda. Sentiasa simpan sedikit dana kecemasan di dalam akaun anda kerana anda tidak tahu bila anda perlu membuat urusniaga.

Percaya gerak hati anda, luangkan masa menelaah tips dan helah baru untuk para pedagang, dan jangan pernah berhenti mensyukuri saat-saat yang anda berjaya tempuhi dengan selamat.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini