Forex patuh kepada siapa? - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Forex patuh kepada siapa?


Fed tidak mampu menghentikan kenaikkan harga dolar. Jadi, siapa yang mampu?

- Kenapa dolar dikebumikan berkali-kali?
- Kerana tidak cukup dalam.

Setelah berlaku kenaikkan EUR/USD diparas 1.15 pada 9 Mac dan diparas 1.115 pada akhir Mac, kita mula terfikir bahawa kenaikkan itu tidak berlaku secara biasa. Malangnya ia berlaku bukan dari aliran besar likuiditi dari Fed, bukan juga daripada kenaikkan pasaran saham AS, atau percubaan Fed untuk memenuhi permintaan asing untuk dolar menggunakan transaksi Swap dan Repo yang mampu memujuk pelabur dan pengguna untuk tidak menyimpan dolar. Dolar sudah hampir mencapai ke paras 3 tahun puncak harganya terhadap euro, dan juga menghampirinya.


Percubaan Donald Trump untuk mengubah corak penurunan dalam indeks saham Amerika Syarikat dan menenggelamkan USD kelihatan sia-sia. Presiden akan mengkritik Fed dengan sangat teruk untuk kadar yang tinggi, tetapi tidak akan mengkritik penurunan kos pinjaman yang hampir sifar dalam tempoh yang sangat singkat mahupun pelancaran program QE tanpa had yang bertujuan menyelesaikan keadaan. Niat baik ini sebenarnya membuka jalan ke keadaan yang lebih teruk. Pasaran saham dan dolar berhenti mengikut Fed. Hanya rangsangan $2 trilion dari Rumah Putih yang boleh menjejaskan penurunan dalam S&P 500, tetapi hal ini tidak akan membuat mereka menaikkan bendera putih.

Sejak koronavirus tersebar ke seluruh dunia, pasaran tidak lagi mengikut prinsip "jangan bermain dengan Fed". Saham tidak lagi mengendahkan perkembangan kewangan agresif Jerome Powell & Co. Kadang-kadang, setelah lama berdiam diri sehingga membuka mulut menjadi sangat berbahaya. Pengerusi Fed telah mengabaikan kritikan Trump untuk jangka masa yang lama dan teragak-agak untuk melonggarka dasar monetari. Apabila beliau akhirnya membuat keputusan untuk melakukannya, ia berakhir dengan kegagalan: indeks saham terus merosot dan dolar pula melonjak naik tanpa diduga. Tambahan pula Fed mula berkembang dengan sangat aktif dan mula menyokong pasaran pinjaman korporat serta membekalkan negara asing dengan dolar AS melalui operasi Swap dan REPO. Namun begitu, jika terlalu banyak yang dilakukan, kadang – kadang sukar untuk mengingati apakah langkah yang telah diambil.


Pasaran masih berterusan untuk tidak mematuhi Fed, tetapi Donald Trump masih berharap pasaran akan mematuhi beliau. Presiden Amerika Syarikat kelihatan mula campur tangan dalam hal-hal berkaitan minyak, kerana beliau faham bahawa hanya kenaikan harga minyak akan menyelamatkan pengusaha-pengusaha Amerika Syarikat dari muflis dan mampu menaikkan saham mereka. Seperti perumpamaan, mudah untuk kita berenang jika ada yang membantu untuk kita terapung. Trump mahukan Rusia dan Arab Saudi mengurangkan pengeluaran harian minyak sebanyak 10-15 juta tong dan Amerika Syarikat tidak akan campur tangan kerana beliau berkata undang-undang antimonopoli menghalang Amerika Syarikat dari melakukan perkara yang sama. Ia bukanlah tentang siapa yang akan memperoleh kemenangan tetapi ia tentang tidak campur tangan dalam peperangan dagangan minyak ini.



Mari kita memberi penghormatan kepada Trump: beliau tidak berputus asa walaupun ditimpa banyak musibah dan tetap terus berusaha untuk mengubah dunia. Ramai yang berpendapat bahawa presiden Amerika Syarikat adalah satu-satunya orang yang boleh melakukannya. Semua orang yang mengatakan tidak ada seorang pun yang mampu mengubah dunia masih belum makan daging kelawar yang mentah!


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini