Harga minyak mentah Brent kembali susut bawah AS$20 setong



SINGAPURA: Minyak mentah pasaran Amerika Syarikat (AS) susut di bawah AS$11 setong hari ini selepas dana dagangan ekuiti (ETF) sudah mula menjual kontrak jangka pendek komoditi itu.

Ia sebagai tambahan kepada kebimbangan kekurangan permintaan dan tempat simpanan susulan peningkatan penularan COVID-19.

Penanda aras minyak AS, West Texas Intermediate (WTI) untuk penghantaran Jun susut 14.8 peratus kepada AS$10.88 setong dalam sesi dagangan Asia, sehari selepas merosot 25 peratus.

Penanda aras antarabangsa, minyak mentah Brent susut 4.4 peratus untuk diniagakan kepada AS$19.10 setong.

Harga susut dalam tempoh beberapa minggu lalu selepas permintaan ke atas komoditi itu susut disebabkan perintah berkurung dan sekatan perjalanan yang dilaksanakan di seluruh dunia bagi menangani pandemik itu.

Minggu lalu, minyak AS susut di bawah paras sifar buat pertama kali selepas pelabur meningkatkan pengeluaran sebelum kontrak dagangan Mei berakhir tetapi gagal mendapatkan pembelinya.

Kejatuhan terkini pula disebabkan oleh Dana Minyak AS, unit dagangan bursa diasaskan minyak terbesar berkata ia akan menjual semua pegangannya dalam kontrak WTI untuk penghantaran Jun.

Penganalisis berkata, langkah penyedia dana itu akan meletakkan tekanan kepada kontrak Jun.

Langkah itu akan meningkatkan kebimbangan berhubung stok simpanan main banyak dan apabila kontrak niaga hadapan tamat, pembeli mungkin memiliki ruang meletakkan harga yang dikehendaki.

"Penjualan besar-besaran mengejutkan untuk penghantaran Jun sebahagiannya disebabkan situasi semasa kemudahan simpanan yang meningkat dengan mendadak, kata Ahli Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes.

Langkah penyedia dana minyak 'menyebabkan penyelewengan' harga besar-besaran antara bulan Jun dan Julai.

WTI bagi penghantaran Julai bertukar tangan kepada lebih AS$18 setong pada Selasa.

Kebimbangan mengenai simpanan membayangi langkah beberapa pengeluar mula mengurangkan pengeluaran sejajar dengan perjanjian yang dimeterai bulan ini.

Pengeluar utama bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 10 juta tong sehari (bpd) bermula Mei untuk meningkatkan semula pasaran, sekali gus menyaksikan perjanjian berkenaan menandakan perang harga antara Arab Saudi dan Russia berakhir.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini