Naga China Dihentam Teruk Oleh Koronavirus


China telah menerbitkan keluaran dalam negara kasar mereka untuk suku pertama. Ia bukan berita yang baik.

KDNK China menguncup pada Q1 2020 sebanyak 6.8% berbanding tahun lalu. Koronavirus mempengaruhi ekonomi kedua terbesar di dunia ini, menyebabkan penurunan pertama sejak tahun 1992. Di satu sisi yang lain pula, penganalisis menjangkakan ekonomi negara ini akan bertambah baik dalam beberapa bulan akan datang. Data untuk bulan Mac lebih baik daripada tempoh Januari-Februari, dan pelanjutan trend ini akan menghasilkan angka-angka yang lebih baik untuk bulan April dan separuh kedua tahun ini.

Pada masa yang sama, penurunan kedua berturut-turut pengeluaran ekonomi pada suku tahun April-Jun akan memberikan signal bahawa China secara rasmi berada dalam kemelesetan.

Perhatikan bahawa angka-angka ekonomi China mempunyai kesan langsung terhadap aset-aset yang sensitif risiko seperti AUD, NZD, minyak, dan saham.



Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini