Ringgit dibuka lebih rendah


KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tanpa kenaikan harga minyak mentah.

Pada 9.03 pagi, unit tempatan diniagakan pada 4.3900/4000 berbanding dolar AS daripada 4.3880/3950 semasa ditutup pada Selasa.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata dengan tanpa kesan penstabilan organik ke atas aliran masuk petrodollar, ringgit akan terus menerima kesannya.

“Ini meningkat dengan dolar AS yang berdaya tahan berikutan minat untuk mengambil risiko di peringkat global yang berkurangan,” katanya dalam nota hari ini.

Sehingga 9.32 pagi, penanda aras niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) naik 17.55 peratus kepada AS$13.60 setong, selepas kontrak Mei jatuh di bawah AS$0 untuk kali pertama dalam sejarah dalam dagangan pada Selasa.

Penanda aras antarabangsa, minyak mentah Brent meningkat 1.5 peratus kepada AS$19.62 setong, tetapi masih kekal di bawah AS$20 setong.

Malaysia adalah pengeksport bersih minyak mentah dan produk petroleum, justeru, pergerakan harga minyak mentah memberi pengaruh yang besar kepada pengukuhan ringgit.

Bagaimanapun, unit tempatan diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding mata wang utama lain, kecuali euro.

Ia naik berbanding yen kepada 4.0727/0824 daripada 4.0841/0918 pada Selasa, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0671/0746 daripada 3.0676/0734 dan menambah berbanding pound kepada 5.3936/4076 daripada 5.4122/4226 semalam.

Berbanding euro, unit tempatan susut kepada 4.7653/7780 daripada 4.7526/7620 sebelum ini

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini