Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS


RINGGIT ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini di tengah-tengah sentimen berhati-hati dalam pasaran minyak menjelang mesyuarat OPEC+ pada Khamis.

Pada jam 6 petang, unit tempatan berada pada 4.3450/3454 berbanding paras penutup 4.3350/3450 pada Selasa.

Harga minyak jatuh semalaman selepas US Energy Information Administration (EIA) menurunkan unjuran permintaan global terhadap minyak dan pengeluaran minyak mentah Amerika Syarikat (AS) bagi 2020 yang menyebabkan berlakunya jualan panik dalam kalangan peniaga minyak. Bagaimanapun, harga kembali diniagakan kukuh hari ini dengan penanda aras minyak mentah Brent naik 0.69 peratus kepada AS$32.09 setong.

EIA menjangkakan pengeluaran minyak mentah AS turun sebanyak 470,000 tong sehari dan permintaan berkurangan sebanyak kira-kira 1.3 juta tong sehari pada 2020 apabila pandemik Covid-19 terus menghantui pasaran global.

Menurut pertubuhan itu, permintaan minyak global juga dijangka susut tahun ini sebanyak 5.6 juta tong sehari kepada 5.23 juta tong sehari.

Penganalisis Kanan Pasaran OANDA bagi Asia Pasifik, Jeffrey Halley berkata, ringgit masih kekal stabil daripada kenaikannya pada Isnin, tetapi langkah seterusnya akan dipengaruhi oleh faktor-faktor di luar Malaysia.

"(Antara faktor-faktornya adalah) hasil daripada mesyuarat OPEC+ esok dengan harapan pengurangan pengeluaran dan sama ada kita akan melihat lebih banyak petanda ‘kemuncak virus’ di AS dan Eropah, mengekalkan kenaikan ekuiti,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0406/0487 daripada 3.0415/0496 pada Selasa, tetapi turun berbanding yen Jepun kepada 3.9906/0005 daripada 3.9723/9826.

Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.3376/3526 daripada 5.3552/3682 dan jatuh berbanding euro kepada 4.7173/7291 daripada 4.7200/7320. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini