Ringgit dibuka rendah - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka rendah



KUALA LUMPUR: Ringgit mencatatkan prestasi berbeza daripada kenaikan semalam apabila dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pagi ini menjelang pengumuman keputusan Kadar Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku pertama 2020.

Pada 9.05 pagi, unit tempatan disebut pada 4.3350/3450 berbanding dolar AS daripada 4.3270/3370 ketika ditutup pada Selasa.

Bank Negara Malaysia (BNM) dijangka mengumumkan prestasi itu hari ini, dengan pertumbuhan diunjurkan di antara 0.8 peratus dengan lebih 4.0 peratus.

Ketua Pakar Strategi Pasaran AxiCorp, Stephen Innes, berkata susulan risiko dagangan adalah lemah di pasaran ASserta penurunan harga minyak mentah, ringgit akan bergelut untuk mencatatkan pergerakan meningkat hari ini.

"Bagaimanapun, penurunan itu akan kekal dihadkan memandangkan sentimen tempatan masih dipengaruhi oleh dasar People's Bank of China, yang boleh diperkukuhkan secara ketara pada Mei.

"Namun, kebimbangan mengenai gelombang kedua penularan COVID-19 dan ketegangan Australia-China akan terus menjejaskan landskap serantau bagi jangka terdekat," katanya dalam kenyataan hari ini.

Sementara itu, ringgit didagangkan rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali berbanding pound Britain.

Unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0588/0670 daripada 3.0530/0597 ketika ditutup semalam, serta rendah berbanding yen Jepun kepada 4.0438/0543 daripada 4.0247/0326.

Ringgit juga lemah berbanding euro kepada 4.7048/7174 daripada 4.6814/6909 semalam namun meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3164/3300 daripada 5.3356/3464.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini