Ringgit dibuka tinggi, RM4.345 sedolar - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit dibuka tinggi, RM4.345 sedolar



KUALA LUMPUR: Ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada pembukaan hari ini berikutan minat belian yang muncul semula di tengah-tengah harga minyak yang stabil, kata seorang penganalisis.

Pada 9.02 pagi hari ini, unit tempatan berada berada 4.3450/3600 berbanding paras penutup 4.3610/3690 pada Jumaat minggu lalu.

Pasaran ditutup pada Isnin dan Selasa sempena cuti sambutan Raya Aidilfitri yang jatuh pada hari Ahad.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata ringgit berada di tengah-tengah situasi antara harga minyak stabil dan peningkatan ketegangan perdagangan Amerika Syarikat (AS)-China.

"Ketegangan perdagangan akan menjadi kebimbangan utama pada masa depan, kerana Presiden AS Donald Trump telah menjelaskan bahawa kempen pilihan raya beliau akan disulami dengan retorik anti-China," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.

Pentadbiran AS mendakwa China kurang telus dalam menangani krisis COVID-19, kata Innes.

Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0657/0771 daripada paras penutup 3.0638/0698 pada Jumaat dan naik berbanding yen Jepun kepada 4.0389/0539 daripada 4.0567/0653 sebelumnya.

Bagaimanapun, ia susut berbanding euro kepada 4.7665/7842 daripada 4.7562/7667 dan turun berbanding pound Britain kepada 5.3535/3733 daripada 5.3078/3118 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini