Ringgit ditutup lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi sedikit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat belian sederhana terhadap unit tempatan itu.

Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.3220/3330 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.3270/3370 pada Selasa.

Ketua Pakar Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata dengan dagangan risiko yang lemah di pasaran AS dan penurunan harga minyak, ringgit bergelut untuk mendapat perhatian pelabur.

"Bagaimanapun, kelemahan itu dijangka terhad kerana sentimen tempatan akan memberi perhatian kepada dasar People's Bank of China's (PBOC) yang dijangka dipertingkatkan lagi pada bulan ini.

"Namun kebimbangan gelombang kedua COVID-19 dan ketegangan Australia-China akan terus menyuramkan lagi landskap serantau dalam tempoh terdekat ini," katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit ditutup bercampur-campur berbanding kumpulan mata wang utama lain.

Unit tempatan meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.0501/0583 daripada paras penutup 3.0530/0597 sebelumnya tetapi susut berbanding yen Jepun kepada 4.0355/0469 daripada 4.0247/0326.

Ringgit turun berbanding euro kepada 4.6855/6991 daripada 4.6814/6909 tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.3148/3300 daripada 5.3356/3464.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini