Ringgit berbanding dolar AS naik sedikit, RM4.275 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit berbanding dolar AS naik sedikit, RM4.275



KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS hari ini, didorong oleh pelabur tempatan memandangkan peserta antarabangsa kekal tidak memasuki pasaran bagi menunggu petunjuk pasaran yang lebih jelas.

Pada 9 pagi, ringgit berada pada 4.2750/2850 daripada 4.2780/2830 ketika ditiutup pada Rabu.

Menurut penganalisis, kebimbangan sama ada permintaan minyak mentah akan kembali meningkat kepada paras sebelum pandemik COVID-19 berlaku masih ada walaupun harga minyak mentah Brent, yang menjadi penanda aras antarabangsa, kekal di atas AS$40 setong.

"Permintaan global kini meningkat sedikit namun kebimbangan berlakunya lagi gelombang jangkitan COVID-19 masih ada. Ini kerana, jika pasaran global ditutup kembali bagi kali kedua, pasaran minyak akan terjejas teruk,"katanya.

Di peringkat tempatan, walaupun data pengangguran menunjukkan berlaku peningkatan pada April, inisiatif kerajaan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) akan mengurangkan kesannya, memandangkan pekerja yang tidak bekerja masih akan menerima bantuan gaji.

"Di peringkat global, kita telah melihat kadar pengangguran melonjak disebabkan pandemik COVID-19 termasuk di negara-negara maju seperti Ameria Syarikat dan United Kingdom. Malaysia juga mengalami situasi yang sama namun inisiatif kerajaan dijangka dapat mengurangkan kesannya bagi jangka panjang," menurutnya.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.

Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 4.0032/0129 daripada 3.9844/9894 ketika ditutup semalam.

Yen meneruskan momentum kenaikan didorong sentimen minat risiko memandangkan ia dianggap sebagai mata wang selamat di rantau Asia.

Bank of Japan, hari ini, akan memulakan mesyuarat dasar monetari selama dua hari dan dijangka mengekalkan kadar faedah utama dalam lingkungan negatif.

Mata wang tempatan susut berbanding pound Britain kepada 5.3643/3772 daripada 5.3616/3692 semalam manakala rendah berbanding euro kepada 4.8051/8176 daripada 4.8033/8107.

Ringgit bagaimanapun naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0663/0745 daripada 3.0664/0709. 

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini