Ringgit ditutup lebih tinggi - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit ditutup lebih tinggi



KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini dengan minat terhadap dolar pudar berikutan memuncaknya perang dagang antara AS dan China, sementara Washington pula masih bergelut untuk mencapai kata sepakat mengenai langkah rangsangan ekonomi seterusnya.

Pada jam 6 petang, mata wang tempatan diniagakan pada 4.2505/2545 berbanding dolar AS pada 4.2600/2650 ketika ditutup semalam.

Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp, Stephen Innes, berkata pasaran tampak leka dengan sengketa AS-China tetapi pelabur global masih menantikan maklum balas balas Presiden AS, Donald Trump terhadap ancaman China.

Terdahulu hari ini, pentadbiran AS telah mengarahkan China untuk menutup pejabat konsulatnya di Houston dan jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin telah melabelkan langkah itu sebagai provokasi lantas menggesa AS untuk menarik balik keputusan itu atau berhadapan dengan tindak balas.

Sementara itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0692/0725 daripada 3.0654/0697 pada Selasa, lebih rendah berbanding yen Jepun kepada 3.9721/9769 daripada 3.9717/9774, dan lemah berbanding euro kepada 4.9064/9127 daripada 4.8743/8817 semalam.

Unit tempatan, bagaimanapun, mengukuh berbanding pound Britain kepada 5.3871/3930 daripada 5.4047/4127 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini