Ringgit kukuh berbanding dolar AS


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan permintaan lebih tinggi selain penyusutan dolar.

Sewaktu ditutup, ringgit berada di paras 4.2500/2550 berbanding dolar AS daripada 4.2620/2660 yang dicatatkan pada Jumaat lalu.

Sementara itu, Kenanga Research yang juga cabang penyelidikan Kenanga Investment Bank, berkata ringgit mendapat momentum ketika dolar AS semakin hilang tarikannya sebagai aset selamat berikutan perkembangan membabitkan sentimen optimis mengenai vaksin COVID-19 dan konflik AS-China yang kian meruncing.

"Malah, ringgit dijangka menguji paras di bawah 4.25 menjelang keputusan Rizab Persekutuan AS mengenai kadar faedah pada 30 Julai ini," katanya.

Dalam pada itu, ringgit diniagakan rendah berbanding mata wang utama lainnya.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0808/0851 daripada 3.0764/0797 pada Jumaat lalu dan rendah berbanding yen kepada 4.0346/0397 daripada 4.0068/0117.

Ringgit juga turun berbanding pound kepada 5.4587/4668 daripada 5.4268/4336 serta rendah berbanding euro kepada 4.9746/9822 daripada 4.9426/9481, sebelum ini.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini