Ringgit teruskan trend peningkatan - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Ringgit teruskan trend peningkatan


KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup stabil pada paras 4.25 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini, terutama menjelang keputusan dasar monetari Rizab Persekutuan AS lewat minggu ini.

Mata wang tempatan itu ditutup pada 4.2500/2560 berbanding dolar AS daripada 4.2500/2550 pada pukul 6 petang semalam.

Seorang peniaga berkata, trend menaik ringgit mungkin berterusan minggu ini di sebalik prestasi dolar yang lemah.

Keyakinan pelabur pula tergugat ekoran memuncaknya ketegangan antara AS dan China dan kenaikan ketara kes COVID-19 di AS, katanya.

"Ringgit dijangka menguji di bawah tahap 4.25 menjelang mesyuarat keputusan kadar faedah Persekutuan pada 28 hingga 29 Julai," tambah beliau.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakan rendah berbanding mata wang utama lain, kecuali berbanding dolar Singapura.

Ringgit mengukuh kepada 3.0790/0838 daripada 3.0808/0851.

Unit tempatan itu merosot berbanding yen Jepun kepada 4.0372/0441 daripada 4.0346/0397, turun berbanding pound Britain kepada 5.4702/4796 daripada 5.4587/4668 dan lemah berbanding euro kepada 4.9840/9927 daripada 4.9746/9822 sebelumnya.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini