ForexTime Limited Secara Rasmi Telah Membuka Cawangannya di London! - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

ForexTime Limited Secara Rasmi Telah Membuka Cawangannya di London!

http://forextime.com/?partner_id=4900612

18.04.16 - ForexTime Limited (FXTM) kini secara rasminya telah membuka cawangan yang beroperasi sepenuhnya di UK! Sebagai sebahagian daripada perkembangan FXTM sepanjang beberapa tahun yang lalu, perkembangan ini melambangkan era baru dan pelbagai peluang tanpa sepadan. Walaupun FXTM telah menawarkan produk dan perkhidmatan terbaiknya di dalam pasaran Eropah dan UK, kami akan menempatkan produk-produk kami yang inovatif dengan memberi fokus yang lebih kepada para pedagang dan pelabur di rantau ini, sekali gus terus berkembang dalam peringkat global.


Olga Rybalkina, CEO ForexTime Limited, berkata: “Setelah menunjukkan hasil dan perkembangan yang kukuh sejak penubuhan syarikat ini, pembukaan pejabat kami di UK adalah langkah yang wajar buat FXTM. Cawangan UK akan memberikan kedudukan yang strategik di mana kami akan terus menawarkan produk dan perkhidmatan berkualiti dan selamat kepada para pelanggan kami di Eropah dan UK, serta para pelanggan di seluruh dunia. Perkembangan ini membuktikan komitmen kami kepada perkembangan jaringan global kami, yang telah menyaksikan FXTM dikenali di peringkat antarbaangsa sebagai broker inovatif yang dipercayai. Kami kini ingin terus mengembangkan syarikat kami di UK dan Eropah, dengan menumpukan kepada manfaat yang dapat diperoleh dengan mempunyai pangkalan di hab kewangan global di London.”

 

Mengapa FXTM Memilih UK:

    Terletak secara strategik di London, hab perkhidmatan kewangan terbesar di Eropah, cawangan operasi FXTM di UK menyasarkan untuk memberikan perkhidmatan dan berhubung dengan semua pelanggan kami secara global, mengikut piawaian tertinggi industri.
    London merupakan pusat kewangan terkemuka dunia; lokasi yang ideal di mana keadaan perdagangan FXTM yang unik, berteknologi tinggi dan kompetitif dapat berkembang pesat.
    Pasaran UK amat sesuai untuk memeterai jenama kami sebagai penyedia perkhidmatan kewangan yang kukuh seperti di Eropah dan wilayah UK. Lama-kelamaan, peralatan yang boleh didagangkan dan perkhidmatan yang ditawarkan akan berkembang dengan sendiri.

    
UK berbangga dengan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan perkhidmatan yang profesional.
    Terletak secara strategik di London, hab perkhidmatan kewangan terbesar di Eropah, cawangan operasi FXTM di UK menyasarkan untuk memberikan perkhidmatan dan berhubung dengan semua pelanggan kami secara global, mengikut piawaian tertinggi industri.
    Operasi dilaksanakan dalam satu rangka kerja kawal teguh yang biasa bagi kami (MiFID).

 

Jameel Ahmad, NP Perkembangan Korporat dan Ketua Pakar Analisis di FXTM, menambah: “Industri forex berkembang maju dengan inovasi, disebabkan itu London - sebuah hab kewangan yang amat penting dan pusat perdagangan forex dunia - adalah pangkalan yang terbaik bagi FXTM. Menyediakan yang terbaik di pasaran dalam produk sentrik pelanggan, terma perdagangan yang sangat kompetitif, dan waktu perlaksanaan yang pantas telah menjadi kunci kepada kejayaan FXTM. Kelebihan ini akan dileverajkan dengan lebih banyak berbanding sebelum ini, seiring dengan perkembangan kami di dalam pasaran Eropah dan antarabangsa yang kompetitif dan mengembangkan jenama FXTM.”

Demetrios Zamboglou akan menyelia operasi sebagai Pengurus Besar pejabat UK. En. Zamboglou mempunyai latar belakang yang luas di dalam industri forex dan telah memegang beberapa jawatan pengurusan kanan sebelum menyertai FXTM – pengalaman yang amat penting bagi jawatan baru ini.

 
Masih belum berdagang dengan FXTM? Sertai hari ini!

Jika anda mempunyai sebarang soalan berkaitan perkembangan kami di UK, atau ingin mengetahui dengan lebih lanjut, hubungi jabatan Sokongan Pelanggan kami dan kami berbesar hati untuk
membantu anda.

.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini