Seminar Analisa Teknikal Berakhir di Kuala Lumpur - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Seminar Analisa Teknikal Berakhir di Kuala Lumpur



 

Pada 22hb Mei XM kembali ke Kuala Lumpur, Malaysia, untuk menganjurkan satu lagi seminar terbesar mengenai topik analisa teknikal.

Sama seperti semua seminar XM, acara yang diadakan di ibu negara Malaysia adalah percuma untuk dihadiri oleh pelanggan. Kakitangan syarikat mengalu-alukan peserta di Hotel Sheraton Imperial Kuala Lumpur, dimana mereka boleh menikmati seminar intensif yang disampaikan oleh instruktor Tradepedia Marios Pashardes.

Direka khas untuk penonton dengan kemahiran dagangan yang berbeza, seminar tersebut tertumpu pada bagaimana Sokongan dan Rintangan Dinamik Pivot boleh ditafsirkan dan digunakan untuk pelbagai teknik dalam analisa teknikal. Oleh itu pedagang pemula dan berpengalaman sama mempunyai peluang untuk mempelajari ilmu berharga mengenai aliran pasaran menaik dan menurun, aras sokongan-rintangan dalam pelbagai masa, serta bagaimana untuk menggabungkan penggunaan indikator ke dalam proses keputusan dagangan mereka dengan lebih cekap.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan kami kerana kehadiran mereka, dan kami berharap untuk kembali ke Malaysia untuk seminar lain tidak lama lagi. Di bawah ini kami menangkap beberapa gambar sorotan seminar tersebut.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini