Pemenang Legenda Dagangan Forex Menerima Hadiah $100000 - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Pemenang Legenda Dagangan Forex Menerima Hadiah $100000



Selepas sebulan berlangsungnya perdagangan yang sengit, Pertandingan Dagangan Langsung Legenda Dagangan Forex sudah tamat dan keputusan akhir sudah diketahui! Pertandingan ini terbukti sangat berjaya dan meraih minat yang luar biasa daripada pedagang di seluruh dunia, mencabar pelbagai kemahiran dagangan dari setiap sudut di dunia.  Sepuluh pedagang legenda berjaya menduduki tempat teratas dan menuntut hadiah wang tunai daripada hadiah terkumpul sebanyak $100,000, baju-T eksklusif dan peluang menjadi pengurus strategi dalam program pelaburan baharu FXTM, FXTM Invest.

Lan dari China berjaya menduduki tempat Legenda Forex Global Terulung dengan memenangi hadiah sebanyak $50,000! Shizhdyllah dari Malaysia meraih kedudukan Pedagang Master Global dengan hadiah sebanyak $20,000 dan kedudukan Pedagang Super Global dimenangi oleh Khayal dari Pakistan dengan hadiah sebanyak $10,000.  Lihat jumlah keuntungan dan keputusan harian para peserta di sini.

Tahniah diucapkan kepada semua peserta Pertandingan Legenda Dagangan Forex dan terutamanya kepada 10 orang pemenang yang menunjukkan kemahiran dagangan mereka yang luar biasa!


Pertandingan Legenda Dagangan Forex mungkin sudah berakhir, tetapi FXTM mempunyai banyak lagi pertandingan Langsung dan Demo dengan hadiah wang tunai akan datang untuk anda. Pertandingan musim panas akan datang tidak lama lagi, oleh itu teruskan bersama kami di sini!


Jadilah pedagang FXTM hari ini dan dapatkan pemberitahuan segera untuk lebih banyak pertandingan yang mengujakan, promosi yang menarik dan berdagang dengan syarat-syarat yang tiada tandingan dalam industri.

Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini