Gambar : FBS telah menjayakan Invest Fair Malaysia - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Gambar : FBS telah menjayakan Invest Fair Malaysia



Pada 26-27 Ogos 2017, Pasukan FBS telah berada di Invest Fair Malaysia untuk berkongsi idea tentang kebebasan kewangan dengan pedagang dan pelabur tempatan. Gerai FBS di Invest Fair sangat anggun - berseri, ceria dan penuh dengan maklumat. Kakitangan kami telah menyantuni para pelawat dengan mesra, dan kami telah mengabadikan perkenalan dengan mereka menerusi sessi fotografi di mana potret-potret telah dicetak segera secara percuma sebagai kenang-kenangan.

Para pelawat telah diberi maklumat menyeluruh tentang manfaat perdagangan Forex, dan pentingnya memilih broker terbaik yang sentiasa berada di sisi anda. Para pelawat telah gembira bila diberitahu bahawa kami ada menyediakan Akademi Latihan dengan kelas-kelas untuk pedagang pemula dan berpengalaman. Mereka yang ingin terus bermula telah menggunakan peluang untuk membuka akaun dalam hanya beberapa minit.



FBS mengakhiri hujung minggu itu dengan penuh semangat, meninggalkan Kuala Lumpur dengan sebuah lagi anugerah - "Broker Antarabangsa Forex Terbaik" Invest Fair - berdasarkan undian oleh para pengunjung. Ia juga adalah satu kejayaan dari segi teori juga - juruanalisa FBS Encik Kaza telah mengadakan seminar live tentang Forex di Invest Fair tersebut.

Secara keseluruhannya, acara tersebut adalah satu contoh terbaik pembinaan jaringan bisnes yang berkualiti, pendidikan dan juga keseronokan. Para pelawat pulang menjinjit beg sarat dengan cenderamata: beg berjenama FBS berisi buku, brosur, power bank, buku nota, fidget spinner dan kemeja T. Pasukan FBS rasa gembira dapat bersua muka dan beramah mesra dengan para pedagang Malaysia dan telah bertukar-tukar maklumat serta wawasan masing-masing.

Terima kasih, Malaysia. Kami pastinya akan datang kembali tidak lama lagi!



 

 
 


 
 

 
 






 
 



 


 
 

 
 

 
 










































Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini