CARA MEMULAKAN DAGANGAN DENGAN 4 LANGKAH MUDAH - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

CARA MEMULAKAN DAGANGAN DENGAN 4 LANGKAH MUDAH



CARA MEMULAKAN DAGANGAN DENGAN 4 LANGKAH MUDAH

1. Daftar dengan OctaFX dengan membuka akaun  

Apabila anda mempunyai akaun, anda boleh mengakses kawasan peribadi anda di laman web kami dan berdagang dengan OctaFX. Selepas mendaftar, sila semak e-mel anda untuk mengetahui butiran log masuk kawasan peribadi dan kelayakan akaun dagangan anda.


Butiran log masuk kawasan peribadi akan membolehkan anda mengurus dana, mendapatkan bonus dan mengambil bahagian dalam promosi kami, manakala kelayakan akaun dagangan digunakan untuk mengakses platform dagangan.  

2. Buat deposit

Log masuk ke Kawasan peribadi anda untuk membuat deposit. Di OctaFX, anda boleh memulakan dagangan dengan serendah $5 walaupun deposit awal boleh lebih tinggi. Berdasarkan strategi Pengurusan Risiko, lebih banyak dana yang anda miliki, lebih rendah risiko yang anda hadapi pada dagangan tertentu.

Kami tidak mengenakan sebarang komisen ke atas deposit anda dan sistem pengeluaran kami berfungsi dengan cekap untuk membantu anda mengeluarkan keuntungan anda.  

3. Daftar masuk ke platform berasaskan web

Platform berasaskan web tidak memerlukan pemasangan dan membolehkan anda berdagang dari mana-mana peranti pada bila-bila masa. Untuk mendaftar masuk, klik File->Login, masukkan nombor akaun anda ke dalam kotak “Login”, serta kata laluan pedagang anda yang dihantar ke alamat e-mel anda ke dalam kotak “Password” dan pilih OctaFX-Real, jika anda mendaftar masuk dengan akaun sebenar. Ataupun, anda boleh berdagang daripada peranti desktop, iOS atau Android anda. Anda boleh membandingkan platform di sini.  


 4. Klik “Buy” atau “Sell"



Untuk membuka satu pesanan, anda boleh pilih sahaja volum kedudukan anda dan klik butang Buy atau Sell. Terdapat banyak cara yang lain untuk membuka dagangan seperti yang diterangkan di sini.



BAGAIMANAKAH SAYA BOLEH BERDAGANG?

Secara asasnya, anda membuka pesanan beli jika anda menjangkakan harga akan naik dan membuka pesanan jual apabila anda menjangkakan harga akan turun. Itu bermakna anda membeli jumlah tertentu pada harga yang lebih rendah sekarang, untuk menjualnya semula pada harga yang lebih tinggi kemudian dan mendapat untung daripada perbezaan harga dan sebaliknya.


Memahami leveraj

Leveraj mengurangkan keperluan marginal (iaitu, jumlah yang diperlukan untuk mengekalkan kedudukan tertentu) dan membantu anda membuka pesanan dengan volum yang lebih besar berbanding yang boleh didapati mengikut baki anda sekiranya tiada leveraj. Walau bagaimanapun,  penting untuk diambil perhatian bahawa ia berfungsi dalam kedua-dua arah: lebih tinggi volum pesanan anda, lebih tinggi keuntungan atau kerugian bagi setiap pip harga naik atau turun. Sila pertimbangkan contoh berikut:


Jika anda memiliki akaun dagangan dengan dana $500 dan leveraj 1:500, kedudukan terbuka anda
untuk 1 lot (100,000) pada EUR/USD, apabila nilainya ialah 1.13415. Margin yang diperlukan untuk kedudukan ini ialah $226.83, hampir separuh daripada nilai akaun anda. Setiap pergerakan pip bernilai $10 pada akaun dagangan anda. Oleh itu, nilai itu hanya perlu turun kepada 1.13145 untuk anda kehilangan hampir semua wang dalam akaun dagangan anda. Walau bagaimanapun, dengan volum 0.5 lot, setiap pip bernilai $5 sahaja, bermakna sekiranya harga turun kepada 1.13145, kerugian anda ialah $135.

Perkara ini perlu dipertimbangkan apabila membuat keputusan dagangan dan menilai kemungkinan risiko bagi turun naik harga yang ketara.

Bagaimanakah saya boleh meramalkan sama ada harga akan naik atau turun?

Sebagai pedagang baharu, anda boleh menjejak arah pergerakan harga secara umum pada carta dan membuka pesanan beli apabila harga naik dan jual apabila harga turun. Ini mungkin tidak menjamin keutungan untuk anda dalam semua kes; namun begitu, ia permulaan yang baik untuk membangunkan strategi anda.


Jika anda belum mempunyai pengalaman yang banyak, anda dinasihatkan untuk mengelakkan daripada berdagang semasa berita utama dikeluarkan kerana ketika itu pasaran cenderung untuk sangat tidak menentu. Dua kaedah lanjutan untuk meramalkan harga ialah analisis teknikal dan analisis fundamental. Teknik pengurusan risiko juga boleh memberi manfaat dalam mengurangkan kerugian.

Bagaimanakah saya boleh membuat keuntungan?

Terdapat banyak strategi yang membolehkan anda mendapat keuntungan daripada turun naik harga mata wang, sebagai contoh scalping, lindung nilai, dagangan berita dan banyak strategi yang lain. Anda boleh mendapatkan penerangan terperinci bagi strategi yang paling biasa digunakan di sini.

Ataupun, anda boleh menggunakan perisian dagangan automatik yang boleh membantu anda membuat keputusan dagangan atau membuka dan menutup kedudukan untuk anda.

Bagaimanakah saya boleh menutup pesanan?

Keuntungan pesanan anda turun naik bergantung pada harga pasaran semasa sehingga anda menutupnya. Jika anda merasakan anda sudah mendapat keuntungan yang banyak, buka tab “Trade” dalam MT4 anda, cari kedudukan terbuka itu, klik kanan padanya dan pilih “Close order” daripada menu konteks.

Apakah yang perlu saya ketahui sebelum bermula?

Terdapat konsep dan istilah tertentu yang penting untuk diketahui. Kami telah menerangkan tentangnya dalam artikel “Cara berdagang Forex” . Selain itu, sila terokai bahagian Pendidikan kami, untuk meluaskan pengetahuan anda tentang pasaran secara umumnya dan perkhidmatan OctaFX secara khususnya. Jika anda ingin berlatih secara bebas risiko, anda boleh membuka akaun demo, yang ada dana maya sahaja. 


Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini