Seminar Mata Wang Crypto – Pelaburan Wang Digital - #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers

Seminar Mata Wang Crypto – Pelaburan Wang Digital


Dunia serba digital pada abad ke-21 ini menyaksikan kewujudan mata wang crypto, satu rekaan pintar yang telah mewujudkan satu revolusi dalam dunia kewangan sejak beberapa tahun ini.

Mata wang crypto adalah sejenis mata wang digital terkini dan Bitcoin merupakan wang crypto yang pertama dicipta dan diperkenalkan kepada umum pada tahun 2009. Sejak itu, lebih 1300 mata wang crypto berbeza telah dicipta dan banyak di antaranya mendapat permintaan yang tinggi dari kalangan pedagang runcit. Hari ini, mana-mana pelabur individu boleh membeli dan menjual mata wang crypto sebagai pertukaran dengan aset kewangan lain seperti mata wang fizikal atau lain-lain mata wang digital.

Seminar ini akan menjelaskan tentang sejarah mata wang crypto, sebab dan cara ia dicipta, ciri-ciri unik yang menjadikannya popular, perbezaan dengan mata wang fizikal dan juga cara untuk melakukan dagangan mata wang crypto. Peserta seminar bakal mengetahui istilah-istilah yang digunakan dalam teknologi mata wang crypto seperti melombong Bitcoin, teknologi blockchain, kriptografi, transaksi perangkai padan dan faktor yang menjadikan mata wang crypto sebagai satu kaedah pembayaran global yang diterima pada abad ke-21.

Pasaran wang crypto bergerak dengan sangat pantas. Sejak mata wang crypto pertama iaitu Bitcoin dicipta, jumlah permodalan pasaran untuk 1323 wang crypto sedia ada mencecah $300 billion pada 27 November 2017. Dalam seminar ini, kami akan menjelaskan bagaimana semua ini terjadi dan apakah alternatif pelaburan yang ditawarkan dalam pasaran wang crypto.

Peserta seminar juga akan mendapat maklumat yang relevan mengenai mata wang crypto yang disediakan untuk dagangan pada platform MT5 XM iaitu lima mata wang crypto dengan permodalan terbesar; Bitcoin, Ethereum, Ripple, Dash dan Litecoin. Kami akan menunjukkan cara melakukan dagangan CFD wang crypto dan cara melakukan analisa teknikal untuk menilai pergerakan harga dan membuat keputusan dagangan dengan penggunaan risiko yang minimum.


Hasil Pembelajaran

Mendapat gambaran keseluruhan mengapa mata wang crypto dicipta
Mengetahui ciri-ciri mata wang crypto berbanding mata wang fizikal
Memahami teknologi yang digunakan untuk wang crypto
Mengetahui lebih lanjut tentang wang crypto yang mempunyai permodalan pasaran terbesar
Mempelajari sebab dan cara untuk melabur dalam CFD wang crypto
Mengetahui cara penggunaan analisa teknikal dalam pelaburan wang crypto







Share this:

 
Copyright © #ForexKini - Informasi Forex Terkini - #Forex #ForexMalaysia #ForexBrokers. Designed by FXKini